Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bentong :: Veteran Karak ungguli Liga Veteran Bentong

2 posters

Go down

Bentong :: Veteran Karak ungguli Liga Veteran Bentong Empty Bentong :: Veteran Karak ungguli Liga Veteran Bentong

Post  Deto_8 Thu Dec 10, 2009 1:04 pm

BENTONG – Lapan pasukan berentap merebut gelaran juara Liga Veteran Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Bentong anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Bentong di Dataran Bentong.

Pertandingan yang disertai pemain veteran berusia 40 tahun ke atas serta lima pemain yang didaftar antara umur 36 hingga 39 tahun berlangsung bermula 9 November lalu dan berakhir 5 Disember 2009.

:Dalam pusingan akhir pertandingan, pasukan Veteran Karak yang diketuai Hamdan Yusof berjaya menewaskan pasukan Veteran Genting Malaysia Berhad dengan jaringan 2-0.

Kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain muda dan veteran beraksi dengan penuh semangat kesukanan dan menunjukkan kesungguhan sehingga kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Perlawanan diadakan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai penyokong dari kedua-dua pasukan dan turut disaksikan penduduk setempat semenjak liga ini dijalankan.

Pengerusi Pertandingan Persatuan Bolasepak Bentong, Zihan Mohd Zaki berkata, johan menerima piala pusingan dan piala iringan berserta wang tunai berjumlah RM800.

Menurutnya, naib johan pertandingan jatuh kepada pasukan Veteran Genting Malaysia Berhad membawa pulang hadiah berupa piala iringan dan wang tunai RM600.

“Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Kelab Veteran India Bentong dan Veteran Lurah Bilut yang membawa pulang hadiah masing-masing bernilai RM400 dan RM250 berserta piala iringan.

“Manakala Pemain Terbaik diberikan kepada pemain dari pasukan Veteran Karak iaitu Roslan Mat Safian,” katanya kepada Sinar Harian.

Zihan berkata, majlis penyampaian hadiah kepada pasukan disempurnakan oleh Pegawai Daerah, Datuk Toantowee Mohd Lotfie selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Bentong.

Menurutnya, pertandingan ini diadakan untuk memeriahkan aktiviti kesukanan dalam kalangan penduduk daerah Bentong selain mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain yang datang dari pelbagai bangsa, kawasan dan agensi yang ada di daerah ini.

“Pertandingan ini akan diadakan pada masa akan datang kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari pasukan dan masyarakat setempat yang ingin melihat aksi bekas pemain daerah dan negeri bermain di pertandingan ini.

“Apa yang diharapkan ialah lebih banyak pasukan dapat menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan yang dijangka akan dibuat lebih awal untuk mengelakkan dari musim hujan,” kata Zihan.

Beliau berkata, dalam majlis itu juga pihak persatuan turut memberikan sumbangan berupa bola dan peralatan latihan kepada Persatuan Taman Makmur Jaya Karak untuk melaksanakan program pembangunan pemain bola sepak di kawasan Karak bagi melahirkan generasi pelapis yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi dalam permainan ini.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bentong :: Veteran Karak ungguli Liga Veteran Bentong Empty Re: Bentong :: Veteran Karak ungguli Liga Veteran Bentong

Post  MD Thu Dec 10, 2009 1:20 pm

PCC pun boleh dapat satu team Veteran ni....kalau dikumpul
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum