Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

+3
ozzy
WADY
Deto_8
7 posters

Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  Deto_8 Sat Nov 14, 2009 5:07 pm

TEMERLOH – Seorang pekerja kilang wanita berusia 37 tahun menjadi mangsa terbaru sindiket tipu SMS yang aktif semula selepas kes terakhir berlaku lima bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, dalam kejadian 11 November lalu, mangsa menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali kira-kira jam 10 pagi menyatakan dia menang hadiah wang tunai RM17,000 daripada syarikat Power Root Sdn Bhd.

Menurutnya, mangsa yang terkejut kemudian tanpa sebarang syak terus menghubungi nombor terbabit dan bercakap dengan seorang lelaki Sabah.

“Mangsa kemudian diminta pergi ke bank dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun pihak ketiga,” katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh di sini semalam.

Ahmad Fadzillah berkata, sebaik memindahkan wang ke dalam akaun terbabit suspek meminta mangsa menunggu Bank Negara menghubungi mangsa dalam tempoh 10 minit.

Beliau berkata, apabila mangsa tidak dihubungi sesiapa dalam tempoh tersebut, mangsa cuba menghubungi semula suspek tetapi gagal.

Menurutnya, menyedari diri ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis di IPD Temerloh.

“Mangsa kerugian sebanyak RM690 akibat kejadian tersebut akibat kelalaian dan mudah percaya pada sindiket tipu SMS yang berleluasa semula,” katanya.

Ahmad Fadzillah berkata, kejadian itu adalah yang terbaru membabitkan penipuan melalui SMS sejak kali terakhir berlaku lima bulan lalu.

Menurutnya, polis menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya jika menerima SMS memenangi hadiah wang tunai.

“Jika terima SMS seperti ini sebolehnya rujuk pada syarikat terbabit.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak terus melayan jika menerima SMS seperti ini,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  WADY Mon Nov 16, 2009 11:02 am

masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Sad
WADY
WADY
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 47
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  ozzy Mon Nov 16, 2009 12:23 pm

WADY wrote:masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Sad

betul tu wady..kdg2 tu dalam dok berjaga2 pun masih lagi ada yg terkena..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  Yassin Mon Nov 16, 2009 12:26 pm

ozzy wrote:
WADY wrote:masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Icon_sad

betul tu wady..kdg2 tu dalam dok berjaga2 pun masih lagi ada yg terkena..

Kata dik org tu base nok malang x de arah laa...kawan akur juge...
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  strikerbuncit Mon Nov 16, 2009 12:29 pm

ozzy wrote:
WADY wrote:masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Sad

betul tu wady..kdg2 tu dalam dok berjaga2 pun masih lagi ada yg terkena..

itu betul...
tapi dri sudut lain,ia menggambarkan rakyat semakin susah&terhimpit dlm meneruskan kehidupan skrg yg memerlukan byk wang..semua brg dh naik harga..rakyat semakin terdesak..itu pasalla kalo org nk offer duit beribu camtu,tak ke terus kelabu mata?
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  jasnoraizan Mon Nov 16, 2009 12:32 pm

strikerbuncit wrote:
ozzy wrote:
WADY wrote:masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Icon_sad

betul tu wady..kdg2 tu dalam dok berjaga2 pun masih lagi ada yg terkena..

itu betul...
tapi dri sudut lain,ia menggambarkan rakyat semakin susah&terhimpit dlm meneruskan kehidupan skrg yg memerlukan byk wang..semua brg dh naik harga..rakyat semakin terdesak..itu pasalla kalo org nk offer duit beribu camtu,tak ke terus kelabu mata?

kesusahan dan kesempitan ...yg berlaku blh mengundang apa jua situasi...(rakyat terdesak...tp...xxxxxxxxxx diam mebisu....)semua kesalahan diletak di bahu rakyat bila berlaku keadaan sebegini....
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  iyul8386 Mon Nov 16, 2009 12:34 pm

jasnoraizan wrote:
strikerbuncit wrote:
ozzy wrote:
WADY wrote:masalahnya org kita sendiri yg mudah sgt kena tipu... dh bnyk kali pihak berkuasa bagi amaran tapi tak dengar jugak.... mudah sgt percaya.... Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Icon_sad

betul tu wady..kdg2 tu dalam dok berjaga2 pun masih lagi ada yg terkena..

itu betul...
tapi dri sudut lain,ia menggambarkan rakyat semakin susah&terhimpit dlm meneruskan kehidupan skrg yg memerlukan byk wang..semua brg dh naik harga..rakyat semakin terdesak..itu pasalla kalo org nk offer duit beribu camtu,tak ke terus kelabu mata?

kesusahan dan kesempitan ...yg berlaku blh mengundang apa jua situasi...(rakyat terdesak...tp...xxxxxxxxxx diam mebisu....)semua kesalahan diletak di bahu rakyat bila berlaku keadaan sebegini....
yang membuat gitu pun mesti dlm kesempitan jugok
dh tak ade care lain nk cr duit,buat care gitu je la
iyul8386
iyul8386
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 114
Points : 118
Join date : 16/11/2009

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  WADY Mon Nov 16, 2009 4:34 pm

betul jugak... bila terdesak mcm leh terjadi...
WADY
WADY
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 47
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}

Back to top Go down

Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS Empty Re: Temerloh :: Pekerja kilang mangsa terbaru tipu SMS

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum