Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

4 posters

Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  strikerbuncit Thu Oct 01, 2009 12:08 pm

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN
AL-KARIM

(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana
manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali
diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada
pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas
sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang
fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari
kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,
nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa
membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran
duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana
dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan
terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan
terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air
lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  strikerbuncit Thu Oct 01, 2009 12:11 pm

Siri 2

(Cool SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah
ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan
terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia
akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca
ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu
dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan
mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa
membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang
yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari
surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan
mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini,
nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik
dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak
kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh
orang-orang yang setempat dengannya.
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  strikerbuncit Thu Oct 01, 2009 12:18 pm

Siri 3

(20) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat,
nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(21) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan
cerdas dan akalnya akan sempurna.

(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(24) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan
meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan
rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah
ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan
terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh
binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(29) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa
membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan
halus.

(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah
dan keluh kesah.

(32) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  strikerbuncit Thu Oct 01, 2009 12:20 pm

Siri 4

(33) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa
membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari
segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan
barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(36) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah
Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa
kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya
akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia
mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian
dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh -musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar
didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(40) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Abang Jem Thu Oct 01, 2009 12:22 pm

alhamdulilah....sahabat mcm ni lah teman nak cari selama ni... Very Happy
semoga dakwah secara online ini memberi pengisian yg berguna kepada teman, kau dan semua..insyaAllah....
mekasih diucapkan... Smile
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Abang Jem Thu Oct 01, 2009 12:23 pm

man...
teman nak tanya suruh yusuf ayat 4....xde ke dia punya kelebihan jika kita amalkan...hehe
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  strikerbuncit Thu Oct 01, 2009 12:40 pm

AwangKacok wrote:man...
teman nak tanya suruh yusuf ayat 4....xde ke dia punya kelebihan jika kita amalkan...hehe

xtaula..ada kot..cuma terlalu byk utk dinyatakan.sbb Al Quran terlalu indah& mukjizat utk umat nabi Muhammad.cuma kita je yg kena pandai mencari hikmahnya.ini jela yg serba sikit leh kita kongsi..mudah2an..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  jasnoraizan Thu Oct 01, 2009 1:01 pm

strikerbuncit wrote:
AwangKacok wrote:man...
teman nak tanya suruh yusuf ayat 4....xde ke dia punya kelebihan jika kita amalkan...hehe

xtaula..ada kot..cuma terlalu byk utk dinyatakan.sbb Al Quran terlalu indah& mukjizat utk umat nabi Muhammad.cuma kita je yg kena pandai mencari hikmahnya.ini jela yg serba sikit leh kita kongsi..mudah2an..

setahu kwn la kan...kalau amalkan surah yusuf setiap selepas solat subuh...awet muda tu.....(kalau nak nampak sentiasa muda ..amalkan lah...)
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Abang Jem Thu Oct 01, 2009 1:03 pm

strikerbuncit wrote:
AwangKacok wrote:man...
teman nak tanya suruh yusuf ayat 4....xde ke dia punya kelebihan jika kita amalkan...hehe

xtaula..ada kot..cuma terlalu byk utk dinyatakan.sbb Al Quran terlalu indah& mukjizat utk umat nabi Muhammad.cuma kita je yg kena pandai mencari hikmahnya.ini jela yg serba sikit leh kita kongsi..mudah2an..

betul kata anda...ilmu dlm Al-Quran terlalu meluas...
pepun mekash diatas perkongsian yg diberikan..
melihat kpd avatar dan kenyataan saudara..sy rasa saudara akan jadi org yg berguna pada agama,PCC dan negara...akhirkata..teruskan usaha tue..semoga berjumpa lagi..izinkan saya pergi dulu..assalamualaikum....
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Yassin Thu Oct 01, 2009 1:04 pm

Kawan suku benor suruh nei:

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah
Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya.


Allah jua yang mengetahui maksud YASSIN itu.... HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Icon_biggrin
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Abang Jem Thu Oct 01, 2009 1:07 pm

jasnoraizan wrote:
strikerbuncit wrote:
AwangKacok wrote:man...
teman nak tanya suruh yusuf ayat 4....xde ke dia punya kelebihan jika kita amalkan...hehe

xtaula..ada kot..cuma terlalu byk utk dinyatakan.sbb Al Quran terlalu indah& mukjizat utk umat nabi Muhammad.cuma kita je yg kena pandai mencari hikmahnya.ini jela yg serba sikit leh kita kongsi..mudah2an..

setahu kwn la kan...kalau amalkan surah yusuf setiap selepas solat subuh...awet muda tu.....(kalau nak nampak sentiasa muda ..amalkan lah...)

amboi..teman tanya org lain..dia pulok yg jawabkan...hehe
mmg betul..surah yusuf atau ayat 4..jika sape amalkan...banyak kelebihannya..
salah satu adalah yg apa jas katakan tadi...jika nak org jadi suka pada kita tue boleh amalkan ayat nie..
tapi..haruslah kita amalkan selari dgn niat yg baik2 sahaja...wallahualam... Very Happy
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  jasnoraizan Thu Oct 01, 2009 1:09 pm

tjg jwpkan...... HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Icon_redface HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Icon_redface
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Abang Jem Thu Oct 01, 2009 1:11 pm

jasnoraizan wrote:tjg jwpkan...... HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Icon_redface HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Icon_redface
xpe....perkara baik..biar buat beramai-ramai..hehe Very Happy
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1) Empty Re: HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum