Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Jerantut johan bolasepak MSSP

4 posters

Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  Deto_8 Wed May 26, 2010 3:36 pm

BANDAR JERANTUT – Daerah Jerantut berjaya menewaskan Kuantan seterusnya merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pahang (MSSP) di Rompin baru-baru ini.

Detik manis itu diraih apabila berjaya menewaskan Kuantan dengan 2-1 dalam perlawanan akhir, seterusnya meningkatkan mutu sukan bola sepak di daerah ini untuk terus berada di kedudukan sukan berprestasi tinggi.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohamad Hamid berkata, PPD gembira dengan kejayaan diraih pelajar dalam Sukan MSSP disertai justeru dengan kejohanan diraih membantu meningkatkan lagi mutu sukan serta imej daerah ini.

Menurutnya, kejayaan itu juga menunjukkan aura bola sepak daerah Jerantut berada di landasan yang baik, dengan ia turut menjurus kepada sukan berprestasi tinggi juga sejajar berkonsepkan sukan untuk semua.

“PPD sentiasa menggalakkan dan memberi peluang untuk semua pelajar menunjukkan bakat dalam bidang sukan dan menyertai apa juga bentuk pertandingan, dengan matlamat mengembangkan sukan juga antara aktiviti ko-kurikulum penting dalam konteks pendidikan.

“Sukan berprestasi tinggi dimulai dari sekolah dengan memilih yang terbaik, untuk dikembangkan kepada yang lebih baik seterusnya dengan usaha berkenaan membolehkan kejayaan disasarkan dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah, Datuk Ismail Mohd Ali berkata, kejayaan ditunjukkan dalam MSSP membuktikan potensi bakat muda dalam memartabatkan mutu sukan bola sepak di daerah ini tinggi.

Menurutnya, dengan kejayaan dirangkul diharapkan akan terus menyuntik semangat khususnya kalangan generasi muda untuk terus meningkatkan sukan bola sepak di daerah ini se terusnya menaikkan nama daerah dalam arena bola sepak.

“Kita percaya bakat muda seperti inilah yang dicari dan akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada kini, untuk menyambung dan meningkatkan lagi sukan bola sepak daerah.

“Apa yang dirangkul di peringkat sukan sekolah hendaklah dijadikan teras pemangkin untuk pasukan yang ada terus berusaha bersungguh-sungguh merangkul kejayaan di tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, dalam memburu kejayaan di bidang sukan, semangat berpasukan dan disiplin diri dalam permainan hendaklah diutamakan.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Re: Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  MD Wed May 26, 2010 3:40 pm

harap adanya bakat bakat baru ini akan mewarnai semula kegemilangan pasukan bolasepak negeri Pahang pada masa akan datang
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Re: Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  Bederun Wed May 26, 2010 6:47 pm

MD wrote:harap adanya bakat bakat baru ini akan mewarnai semula kegemilangan pasukan bolasepak negeri Pahang pada masa akan datang

Tahniah ler utk skuad MSSP Jerantek te... Mekala keh hok kaki bangku ni, tumpang bangga la jugok jadi warga jerantek... huhuhu.. Smile
Bederun
Bederun
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 47
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar

Back to top Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Re: Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  MD Wed May 26, 2010 7:03 pm

Bederun wrote:
MD wrote:harap adanya bakat bakat baru ini akan mewarnai semula kegemilangan pasukan bolasepak negeri Pahang pada masa akan datang

Tahniah ler utk skuad MSSP Jerantek te... Mekala keh hok kaki bangku ni, tumpang bangga la jugok jadi warga jerantek... huhuhu.. Smile

jangan bimbang Bederun,
pasukan memerlukan penyokong...!!!
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Re: Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  along Thu May 27, 2010 9:02 pm

bangga keh..
hehehe.... cheers
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Jerantut johan bolasepak MSSP Empty Re: Jerantut johan bolasepak MSSP

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum