Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000

3 posters

Go down

Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000 Empty Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000

Post  Deto_8 Thu Mar 18, 2010 10:14 am

KUANTAN: Harga bangkai seekor harimau belang atau nama saintifiknya panthera tigris yang boleh mencecah sehingga RM200,000 di pasaran gelap mendorong kegiatan memburu haiwan itu semakin menular.

Kepercayaan sesetengah orang kononnya bahagian tertentu haiwan berkenaan mempunyai khasiat kesihatan dan boleh digunakan untuk tujuan perubatan menyebabkan harganya begitu tinggi. Malah, tulangnya saja dikatakan boleh mencecah sehingga RM1,000 bagi sekilogram.

Penemuan jerat dawai atau jerat jerut di beberapa kawasan hutan simpan di negeri ini menjadi petunjuk yang menguatkan lagi dakwaan bahawa kegiatan menangkap harimau belang kini berlaku berleluasa.

Sebelum ini, pemburu haram dari negara jiran dikatakan menjadikan hutan Taman Negara Jerantut sebagai lokasi aktiviti berkenaan, namun kini kegiatan itu mula dilakukan penduduk tempatan.

Hasil siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati pemburu tempatan dibekalkan dawai berkualiti tinggi oleh orang tengah yang bertindak sebagai pembeli.
Dawai berkenaan yang berharga RM40 seunit boleh bertahan sehingga empat bulan bergantung kepada cuaca.

Bagi membendung aktiviti memburu spesies haiwan terbabit, Perhilitan mengadakan ‘Ops Serbu’ di kawasan yang dikenal pasti di seluruh negeri.

Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff, berkata usaha membendung aktiviti memburu harimau belang di negeri ini kini dilakukan dengan serius bagi mengelak kepupusan haiwan terbabit.

"Bancian jabatan mendapati kini ada kira-kira 200 harimau belang berkeliaran di hutan negeri ini terutama Lipis dan Rompin," katanya.

Beliau berkata, aktiviti memburu binatang berkenaan untuk tujuan perubatan menjadi punca utama populasi harimau belang semakin berkurangan.

Katanya, selain dilakukan oleh kumpulan pemburu haram, individu yang tinggal berhampiran hutan turut terbabit.

"Selain senapang, mereka menggunakan jerat dawai yang mengambil masa agak lama untuk memerangkap harimau," katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Khairiah berkata, kes terbaru yang dikesan jabatannya membabitkan kegiatan haram di kawasan Hutan Simpan Persit dekat Merapoh, Lipis.

Katanya, siasatan mendapati kegiatan berkenaan dilakukan seorang penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan hutan.

"Lelaki terbabit pernah terbabit dengan kegiatan memburu haram sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit menggunakan jerat dawai yang dipasang sepanjang laluan atau denai binatang ke anak Sungai Yu untuk minum dan berendam.

"Kita percaya lelaki terbabit menangkap seekor harimau kumbang selepas menemui bangkai binatang berkenaan dalam anak Sungai Yu di kawasan hutan simpan Persit.

"Kaki dan tangan harimau kumbang itu dipotong, manakala kulit dilapah sebelum dijual kepada orang tengah.

"Turut ditemui bangkai harimau dahan dan empat bangkai babi hutan," katanya.

Khairiah berkata, dalam operasi itu, pihaknya merampas dan memusnahkan 17 jerat dawai yang dipasang dalam kawasan hutan simpan berkenaan.

sumber : Berita Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000 Empty Re: Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000

Post  zulkbo Thu Mar 18, 2010 10:20 am

orang cina suka sangat menda ni
koi dengor "anu" imo ni mendapat
byk permintaan juga..untuk kesihatan sex
Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000 Empty Re: Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000

Post  Awangmaseru Thu Mar 18, 2010 8:07 pm

zulkbo wrote:orang cina suka sangat menda ni
koi dengor "anu" imo ni mendapat
byk permintaan juga..untuk kesihatan sex
Very Happy

oang cine memang suka mende pelekpelek.kampung kawan masa dulu ada imau puteh agaknye yg ni kalau dapat rm1 juta lah.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000 Empty Re: Kuantan l Bangkai pak belang RM200,000

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum