Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pahang alami bajet defisit

3 posters

Go down

Pahang alami bajet defisit Empty Pahang alami bajet defisit

Post  Deto_8 Sat Nov 14, 2009 4:56 pm

KUANTAN 13 Nov. - Pahang mengalami defisit bagi tahun ke-12 berturut-turut iaitu sebanyak RM98.61 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, defisit tersebut dijangka berkurangan kepada RM92.48 juta tahun depan dalam Bajet 2010 bagi negeri itu sebagaimana yang dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM814 juta untuk Bajet 2010.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM571 juta untuk perbelanjaan mengurus manakala RM243 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

''Bagaimanapun, Bajet 2010 masih lagi mengalami defisit sebanyak RM92.48 juta kerana sumber hasil tradisi tidak mampu menampung keperluan kewangan seperti pembayaran gaji, bonus dan perubahan beberapa struktur gaji serta elaun," jelasnya ketika membentang bajet tersebut.

Menurut Adnan, sumbangan ekonomi negeri masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

''Bagaimanapun, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelumnya.

''Senario ini menunjukkan bahawa struktur ekonomi negeri telah mula bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah. Dari segi pendapatan perkapita pada tahun 2005 ialah sebanyak RM6,648," ujarnya.

Dengan kerancakan aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, kata beliau, ia dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun 2010.

Adnan berkata, strategi bajet bagi tahun depan adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

''Perbelanjaan bersifat mewah dan kurang memberikan impak positif kepada rakyat dan negeri tidak diberikan keutamaan dalam Bajet 2010," jelasnya.

Pada pembentangan tersebut, Adnan memperbetulkan persepsi kononnya Pahang mempunyai tanah yang luas.

''Sebenarnya sebahagian besar daripada keluasan tanah di Pahang yang seluas kira-kira 3.6 juta hektar adalah dirizabkan untuk Taman Negara, hidupan liar, tadahan air, tasik dan sungai.

''Kerajaan negeri kini berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai tadahan air selaras dengan kehendak serta dasar Kerajaan Persekutuan.

''Sehingga kini, kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai tadahan air dengan semua aktiviti pembalakan tidak dibenarkan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

''Saya berharap, kesanggupan kerajaan negeri berkorban demi kepentingan negara dengan mewartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air akan diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan," jelasnya.

Jika semua kawasan hutan di Pahang dihapuskan, tegasnya, ia bukan sahaja menjejaskan bekalan air di negeri ini tetapi turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan berpunca dari gunung-ganang dan bukit-bukau di Pahang.

Atas dasar itu, beliau memohon Kerajaan Persekutuan membayar sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan atas pengorbanan Pahang mewartakan kawasan hutan tadahan air.

''Tetapi sehingga hari ini Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan tersebut.

''Bagaimanapun, saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan. Marilah kita sama-sama berdoa agar dipertimbangkan sebaik mungkin," ujarnya.

sumber : Utusan Online
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pahang alami bajet defisit Empty Re: Pahang alami bajet defisit

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 7:53 pm

maksudnya
kerja berutang jer lah
kerajaan negeri Pahang ni
"lack of administraton"
kata omputeh..
nak kena tuko nih Mad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pahang alami bajet defisit Empty Re: Pahang alami bajet defisit

Post  fadly98 Sun Nov 29, 2009 9:35 am

ISU NI DARI DULU LAGI.....PADAHAL NATURAL OF RESOURCES TERTINGGI DI PAHANG TP LACK OF GOOD COMPETENCY MENJADI MASALAH UTAMA...
fadly98
fadly98

Posts : 10
Points : 10
Join date : 09/11/2009
Age : 42
Location : Isap River, Quantan

Back to top Go down

Pahang alami bajet defisit Empty Re: Pahang alami bajet defisit

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum