Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

+3
zulkbo
Yassin
MD
7 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Wed Sep 30, 2009 12:01 pm

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Jamalhussine

Pada Hari Raya Aidilfitri baru ni kawan berkesempatan bertemu dengan beliau di Jengka 4....

Jamaludin Bin Husin adalah satu nama besar dalan seni lakon teater dan drama tv kerana telah berada dalam bidang ini lebih 18 tahun.Walaupon begitu ramai yang tidak mengenali kerana beliau lebih suka merendah mengambil sikap merendah diri.
Antara terbitan drama tv yang beliau pernah bintangi ialah :
1.Gangga Segaro - terbitan RTM
Menjadi watak utama didalam filem pendek :
1.Pada Hari Yang Indah
2.Cinta Sang Gembala
3.Nilai Tambah - pementasan Pentomin
Bidang Teater :
1.Andai
2.Nurnilamsari
3.Tanggang
4.Laksamana Bentan
5.Raya Terakhir
6.Merdeka Terakhir
Produksi Teater Bangsawan pula :
1.Menjunjung Duli
2.Bahtera Emas Lapis Suasa
3.Tamingsari
Beliau juga pernah berlakon dalam siri Kisah benar untuk beberapa episod...,Kalau perasan sempena 50tahun Malaysia Merdeka ada satu filem pendek yang berlakon di Kuala Kangsar berkaitan dengan kemerdekaan tu di TV3, dialah pelakon utamanya....

- kawan akan update,gambar dan beberapa info menarik pasal Jamal Husin...


Last edited by MD on Tue May 18, 2010 6:38 pm; edited 4 times in total
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  Yassin Wed Sep 30, 2009 12:06 pm

MD wrote:Pada Hari Raya Aidilfitri baru ni kawan berkesempatan bertemu dengan beliau di Jengka 4....

Jamaludin Bin Husin adalah satu nama besar dalan seni lakon teater dan drama tv kerana telah berada dalam bidang ini lebih 18 tahun.Walaupon begitu ramai yang tidak mengenali kerana beliau lebih suka merendah mengambil sikap merendah diri.
Antara terbitan drama tv yang beliau pernah bintangi ialah :
1.Gangga Segaro - terbitan RTM
Menjadi watak utama didalam filem pendek :
1.Pada Hari Yang Indah
2.Cinta Sang Gembala
3.Nilai Tambah - pementasan Pentomin
Bidang Teater :
1.Andai
2.Nurnilamsari
3.Tanggang
4.Laksamana Bentan
5.Raya Terakhir
6.Merdeka Terakhir
Produksi Teater Bangsawan pula :
1.Menjunjung Duli
2.Bahtera Emas Lapis Suasa
3.Tamingsari
Beliau juga pernah berlakon dalam siri Kisah benar untuk beberapa episod...,Kalau perasan sempena 50tahun Malaysia Merdeka ada satu filem pendek yang berlakon di Kuala Kangsar berkaitan dengan kemerdekaan tu di TV3, dialah pelakon utamanya....

- kawan akan update,gambar dan beberapa info menarik pasal Jamal Husin...

Nok juge berkenal dgn dia....boleh jadi pelakun pak pacok jadi laa...dulu kawan ada juge kenal seorg pelakun hebat S A Bakar - arwah dah rasanya seorang ahli silap mata dan pelakun terutama cerita2 pendekar gitu. Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Icon_biggrin
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Wed Sep 30, 2009 12:10 pm

Yassin wrote:

Nok juge berkenal dgn dia....boleh jadi pelakun pak pacok jadi laa...dulu kawan ada juge kenal seorg pelakun hebat S A Bakar - arwah dah rasanya seorang ahli silap mata dan pelakun terutama cerita2 pendekar gitu. Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Icon_biggrin

gambor dia kawan dah ada,tapi scan ada problem pulak...dia ni dah biasa sangat keluar TV,cuma tak perasan je...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Wed Sep 30, 2009 1:06 pm

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Jamalhusin

ni poster Teater Merdeka Terakhir - baju Melayu biru ialah Jamaludin Husin
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  Yassin Wed Sep 30, 2009 1:11 pm

oit gambo dia macam muke Faizal AF tu rupenya....hok pakai tudung unggu tu macam kawan kenal je sape??? macam cam tapi ingat2 lupe....
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Wed Sep 30, 2009 1:22 pm

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Jamalhusinpaktua
mase latihan untuk Teater Dendam Tanjung Puri - Jamal memegang watak sebagai Pak Tua
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Wed Oct 21, 2009 6:54 pm

dalam waktu terdekat kawan akan ada perjumpaan dengan Jamal...[mungkin lepas dia selesai shooting minggu ni]...dan 1hb - 3hb Dec 2009 dia ada show Bangsawan di Matic Jalan Ampang
will update later....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  zulkbo Wed Oct 21, 2009 10:38 pm

mintak maaf la MD kawan nak
celah sikit cerita pasal orang budaya ni
kawan awok tu kenal tak budak budaya
gak nama MD RIZUAN KAMALUDDIN
budak ulu jempol ,dulu dia keja
tm.pengarah matic..kawan lama koi tu
dah lost contact lak bila dia dah
berenti sambung belajo katanya...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Thu Oct 22, 2009 11:15 am

zulkbo wrote:mintak maaf la MD kawan nak
celah sikit cerita pasal orang budaya ni
kawan awok tu kenal tak budak budaya
gak nama MD RIZUAN KAMALUDDIN
budak ulu jempol ,dulu dia keja
tm.pengarah matic..kawan lama koi tu
dah lost contact lak bila dia dah
berenti sambung belajo katanya...

takde halnyer Zul,
nnt kalau jumpa Jamal,kawan cuba tanya pasal kawan lama aok ni....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  zulkbo Thu Oct 22, 2009 11:24 am

MD wrote:
zulkbo wrote:mintak maaf la MD kawan nak
celah sikit cerita pasal orang budaya ni
kawan awok tu kenal tak budak budaya
gak nama MD RIZUAN KAMALUDDIN
budak ulu jempol ,dulu dia keja
tm.pengarah matic..kawan lama koi tu
dah lost contact lak bila dia dah
berenti sambung belajo katanya...

takde halnyer Zul,
nnt kalau jumpa Jamal,kawan cuba tanya pasal kawan lama aok ni....

dulu masa tak sibuk ni
suka gak ke istana budaya
dewan philharmonik nengok teater
mekala dah byk komitment ni
masuk PCC jer lah Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Mon Nov 23, 2009 3:07 pm

semalam Jamal ada sms,beliau baru habis sesi penggambaran drama ''Lembing Awang Pulang Ke Dayang''...

nantikan temubual esklusif bersama Jamal di topik ini ....stay Tune at PCC flower
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Mon Nov 30, 2009 10:14 am

Assalamualaikum semua warga PCC,

Jemputan Ke Pementasan Bangsawan ''Tun Fatimah Sri Kandi Melaka''
Tarikh : 1 - 3/12 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : MATIC,Jalan Ampang Kuala Lumpur
Masuk : Percuma

Kawan bawakan makluman ini mewakili Jamal Husin,dimana beliau dan Khairy menjadi pelakon utama pada pementasan bangsawan ini...Mana mana warga PCC yang berkelapangan,yang berada disekitar sana atau anda juga boleh menyampaikan hebahan ini juga dialu alukan...
Terima kasih.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Tue Dec 01, 2009 3:34 pm

Promo - Lembing Awang Pulang Ke Dayang
tarikh & masa siaran di RTM akan dimaklumkan kelak....

MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  strikerbuncit Tue Dec 01, 2009 3:37 pm

kawan kenal Jalaluddin Hassan je..hok2 lain tu maafla..huhu Laughing
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  sakur@86 Tue Dec 01, 2009 3:41 pm

strikerbuncit wrote:kawan kenal Jalaluddin Hassan je..hok2 lain tu maafla..huhu Laughing

samalah kite...mintak maap ye Bro MD...
Laughing
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Tue Dec 01, 2009 3:45 pm

sakur@86 wrote:
strikerbuncit wrote:kawan kenal Jalaluddin Hassan je..hok2 lain tu maafla..huhu Laughing

samalah kite...mintak maap ye Bro MD...
Laughing

ni tujuannya topik ni dibuka...untuk mengetengahkan bakat bakat sedia ada kepada umum [ terutamanya anak Pahang ] melalui topik di PCC dan pada bidang yang mereka ceburi....Insya Allah nama nama lain akan menyusul...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  strikerbuncit Tue Dec 01, 2009 3:51 pm

t.kasih MD..kwn mmg supot 200% kalo aok nak buka topik spt ini..mmg bgus terutama pd org2 muda yg xbrapa tau..cthnya topik ttg aziz sattar,mmg kwn salutes aok..huhu..

so,never give up MD..!

"Demi Pembangunan PCC"
cheers
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Sat Apr 03, 2010 11:41 am

nantikan kemunculan Jamaludin !!!

Pementasan Teater - Laksamana Do Re Mi
Tarikh - 9/4/2010 hingga 11/4/2010
Masa - 8.30malam
Tempat - Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Teater arahan Khusairy Mahayuddin dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara [JKKN] dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tiga pelakon akan menerajui pementasan ini ialah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman sebagai Do,Jamaludin Hussin sebagai Re dan Man Belon Raja Lawak sebagai Mi.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Sat Apr 03, 2010 11:49 am


Laksamana Do Re Mi kembali!
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
2010/04/01


FILEM arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, biar seribu kali ditonton sekalipun tidak pernah menjemukan. Sememangnya kehebatan karya Seniman Agung itu tiada galang gantinya.
Antara filemnya yang cukup popular dan diminati sehingga hari ini Laksamana Do Re Mi yang dibintangi Allahyarham sendiri sebagai Do, AR Tompel (Re) dan Ibrahim Din (Mi).

Mengimbau kembali kehebatan Do Re Mi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mementaskan Laksamana Do Re Mi ke dalam bentuk teater yang ditangani pengarah, Khusairy Mahayuddin.

Pementasan selama tiga hari itu akan bermula 9 April hingga 11 April, jam 8.30 malam di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Tiga pelakon yang akan menerajui pementasan itu ialah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman sebagai Do, Jamaludin (Re) dan Man Belon Raja Lawak (Mi).

Menurut Raja Azrey yang juga penulis skrip dan penolong pengarah bagi teater ini, dalam mengekalkan keaslian jalan cerita sebagaimana dipersembahkan P Ramlee, ada beberapa perubahan dilakukan untuk memberi nafas baru kepada jalan cerita Laksamana Do Re Mi.

Mengikut konsep pementasan teater bangsawan memang naskhah ini agak pelik. Selalunya kisah legenda seperti Hang Tuah menjadi pilihan namun, teks itu sudah acap kali digunakan dalam pementasan teater dan ditangani pengarah dengan pelbagai cara.

"Justeru atas permintaan penganjur JKKN dan DBKL pihak produksi Rumpun Seni dan Teater Shah Alam cuba menampilkan kelainan dalam menghangatkan lagi Program Semarak Bangsawan 2010," katanya.

Azrey berkata, apabila menyebut Do Re Mi sudah pastinya naskhah ini diadaptasi daripada filem arahan P Ramlee. Sama seperti dalam filem, teater ini menyorot perjalanan tiga sahabat, Do, Re dan Mi yang mulanya hanya orang biasa, tetapi kemudian diangkat sebagai Laksamana.

"Apa yang membezakan, dalam pementasan teater ini pengarah mengembangkan beberapa watak yang dianggap menarik, namun peranan mereka terlalu terhad di dalam filem. Contohnya, watak Puteri Buluh Betung.

"Sebagaimana diketahui peminat filem ini selepas Puteri Buluh Betung diselamatkan Do Re dan Mi, dia melantik mereka sebagai laksamana serta menganugerahkan kesaktian tikar terbang kepada Do, Re dengan teropong ajaib dan Mi pula mendapat bangsi. "Bagaimanapun, selepas tiga sahabat itu mendapat segala keistimewaan kita tidak tahu apa yang terjadi pada Puteri Buluh Betung kerana wataknya berakhir begitu saja. Jadi dalam teater ini kita wujudkan semula watak itu sebagai peranan yang penting dalam pementasan ini.

"Bagi peminat Laksamana Do Re Mi, dalam filem itu ada menyebut perjanjian antara Puteri Buluh Betung dengan tiga sahabat berkenaan apabila mereka perlu memulangkan semula kesaktian yang diberikan selepas segala misi mereka selesai.

"Justeru, dalam pementasan ini kami menunjukkan perjalanan Do, Re dan Mi dalam menjejaki semula Puteri Buluh Betung sebagai mengotakan janji mereka," katanya.

Jelasnya lagi, sepanjang pementasan itu dia bersama dua lagi pelakon akan terbabit dalam babak menaiki tikar terbang. Namun, sama ada mereka benar-benar terbang atau tidak penonton perlulah datang menyaksikan sendiri pementasan teater itu. Sementara itu, Rozita Rahim yang pernah membintangi teater Sinbad dan Musang Berjanggut sebelum ini mengakui watak Puteri Buluh Betung memberi cabaran buatnya.

"Pengalaman baru buat saya, teruk juga dimarahi pengarah kerana pada peringkat awal agak sukar untuk saya menjiwai watak Puteri Buluh Betung itu. "Kalau lihat dalam filem watak Puteri Buluh Betung hanya muncul seketika, tapi dalam pementasan teater ini watak itu boleh dikatakan antara peranan utama. Bagaimanapun, saya kira, menjadi sebahagian daripada produksi ini sangat menyeronokkan," katanya.

Menyingkap sejarah penerbitan Laksamana Do Re Mi ini adalah kesinambungan dari filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Ia mengisahkan tiga sahabat, Do, Re dan Mi yang mendapat anugerah kesaktian daripada Puteri Buluh Betung yang mereka selamatkan. Do menerima segulung tikar terbang yang boleh terbang kemana-mana destinasi, Re mendapat sebuah teropong ajaib yang boleh melihat apa sahaja yang di hajati dan Mi pula mendapat bangsi hikmat yang membolehkan apa saja yang dihajati dengan meniup saja bangsi itu. Dengan hikmat itu, mereka membantu sebuah kerajaan yang di dalam kekacauan oleh orang jahat iaitu Pasola.

credit to hmetro.com.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Tue Apr 06, 2010 6:27 pm

update terkini...

sekiranya tiada perubahan Jamaludin Husin serta pelakon utama dan Pengarah Teater Laksamana Do Re Mi akan muncul di MHI [Malaysia Hari Ini] TV3 jam 8.00 pagi pada hari Jumaat 9/4/2010...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Thu Apr 08, 2010 1:47 pm

Baru lepas call Jamal...malam ini latihan terakhir untuk pementasan teater malam esok dan..
Jamaludin Husin serta pelakon utama dan Pengarah Teater Laksamana Do Re Mi akan muncul di MHI [Malaysia Hari Ini] TV3 jam 8.00 pagi pada hari Jumaat 9/4/2010 [esok]...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Fri Apr 09, 2010 11:51 am

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Doremiv

ini Poster Teater Laksamana Do Re Mi

pagi tadi diorang dah keudara di MHI TV3...

Buat Semua PCCian's
Jamal [warga Pahang,warga Jengka 4] mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan dari forumers semua...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Fri Apr 16, 2010 3:37 pm

Ulasan Teater Laksamana Do Re Mi

Pada [11/4/2010] Kawan berkesempatan juga datang menonton pementasan teater bangsawan ini..Setelah mendapatkan parking terus ke panggung Budaya untuk membeli tiket..ketika itu ramai dah menunggu dilobi..mujur dapat jugak akhirnya..

8.15malam tempat duduk sudah penuh.Ternyata sambutan dari penonton amat menggalakkan bilamana kemunculan Do Re Mi di atas tikar pandan terbang dengan props yang sangat menarik sebelum mereka mendarat di Negeri Pasir Bedengung.Banyak aksi aksi yang sangat melucukan yang mampu membuat penonton ketawa..Kalau dalam filem Laksamana Do Re Mi mereka makan “maajun Salasa” untuk kuat tetapi dalam pementasan teater bangsawan ini Do Re dan Mi hanya makan tembikai merah.Raja Azrey (Do) Jamaludin (Re) dan Man Belon sebagai Mi mampu membawa watak dengan baik sekali dan boleh dianggap sebagai pemilihan yang tepat.
Pengalaman Raja Azrey berlakon dalam drama sebelum ini digunakan sepenuhnya dalam membawa watak utama sebagai Do.Jamaludin pula telah melibatkan diri sejak sekian lama dalam arena teater dan drama tidak perlu dipertikaikan lagi.Man Belon pula sememangnya beliau mempunyai bakat dalam bidang lakonan serta lawak dan mampu pergi jauh.
Laksamana Do Re Mi menjalankan tugas mereka untuk membawa pulang Puteri Puncak Mahligai kepada Ayahanda dan Bonda dengan selamat.
Pada satu lagi babak,Menteri Fa So La lakonan Khairy Rosli juga begitu nampak ‘watak jahatnya’ ketika bersama Puteri Puncak Mahligai [lakonan Abby Sabiha ].Aksi aksi lucu juga turut ditampilkan ketika babak Laksamana Do Re Mi mengadap Sultan negeri Pasir Dua Butir dan Sultan di negeri Pasir Berdengung.
Melalui teater ini juga Laksamana Do Re Mi bertemu semula dengan Puteri Buloh Betong dan mereka diminta menumpaskan Dukun La Ti Do [ lakonan Kahiry Rosli ] merupakan kekanda kepada Menteri Fa So La.Dukun La Ti Do telah menggunakan ilmu sihir dengan menggunakan sumpahan kepada Raja Buluh Betong [lakonan Pak Tam Raja Lawak 2] yang sebelumnya menjadi Jin.
Kejayaan Laksaman Do Re Mi akhirnya mendapat penghargaan dan sekali lagi dihadiahkan Dayang Istana…

Tahniah pada Pengarah,pelakon, JKKN,DBKL,Kumpulan Anak Muzikal dan semua krew produksi.Dimaklumkan juga semua tiket tiket untuk keempat pertunjukkan mulai 9 – 11 April 2010 habis dijual.Harap juga pengarah Khusiary Mahyuddin dapat meneruskan kesinambungan teater bangsawan Do Re Mi pada siri seterusnya seperti filem Allayarham Tan Sri P Ramlee iaitu Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.Agak rugi jika gandingan mantap Trio ini berkesudahan hanya untuk teater bangsawan ini saja.Sekian.


Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Tiketlaksamanadoremi


Last edited by MD on Mon May 10, 2010 1:09 pm; edited 1 time in total
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Fri Apr 16, 2010 4:50 pm

malam tu jugak ada jumpa Watie dan Ani Mayuni...

p/s Harap Watie dapat berikan komen dan ulasan berkaitan dengan teater ini....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  MD Tue May 18, 2010 6:10 pm

update terkini :

Sejak Ahad 16/5/2010 Jamaluddin telah memulakan sesi penggambaran bersama krew produksi filem HANYUT arahan pengarah terkenal U-Wei Hj Saari di sekitar Kuala Lipis Pahang.Sesi penggambarannya memakan masa selama kira kira 2 minggu.
Beliau mendapat kepercayaan U-Wei Hj Saari dan mendapat watak [ walaupon bukan sebagai pelakon utama ] dalam filem ini.Pada hari terakhir pementasan Teater Laksamana Do Re Mi, U-Wei Hj Saari telah datang dan menonton sendiri lakonan Jamaluddin.

www,pahangcommunity.com turut mengucapkan selamat berjaya kepada U-Wei Hj Saari,Jamaluddin [ kedua mereka ini anak Pahang ] dan semua krew produksi...
perkembangan juga akan diberikan sekiranya terdapat informasi terbaru.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama Empty Re: Jamaludin Husin - Aktivis Teater/ Pelakun Filem & Drama

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum