Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Restoran Ikan Sungai
+16
RAFtegang
sakur@86
zila
jasnoraizan
Jeck Sparow
Oesandro Jr.
zulkbo
labu sayong
J.Milan22
ozzy
RoyKay33
lepat_ubi
Mrcipizs
sam
MD
Deto_8
20 posters
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Restoran Ikan Sungai
Keenakan ikan sungai
Gambar ikan patin, baung, temoleh, tapah dan jelawat terpampang di dinding restoran. Melihatnya saja sudah membuatkan anda terbayang keenakan sajian ikan sungai yang menjadi signatur restoran ini.
Terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur, Restoran Ikan Sungai menyediakan suasana makan-makan seperti di kampung.
"Hiasan dalaman restoran ini sengaja mewujudkan suasana seperti makan di kampung," kata Pengarah Urusan Besta Corporation Sdn. Bhd., Jasmay Shah.
Obsesnya kepada ikan sungai membuatkan Jasmay membuka restoran ikan sungai yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan masakan ikan sungai segar seperti patin, baung, temoleh tapah dan jelawat.
"Ramai sebenarnya peminat ikan sungai. Kini mereka tidak perlu pergi jauh ke kawasan pedalaman untuk menikmati ikan sungai segar.
"Sebenarnya ikan sungai liar lebih lazat dan segar berbanding ikan yang dibela dalam sangkar," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.
Katanya lagi, ikan patin sangkar warnanya lebih hitam berbanding ikan patin sungai yang agak keputihan, tidak berasa seperti lumpur dan isinya tidak terlalu berlemak.
"Bekalan ikan banyak kami ambil dari peraih di Temerloh, Pahang tetapi penyimpanan yang baik di dalam peti sejuk dengan suhu yang sesuai membolehkannya bertahan berbulan lamanya," katanya.
Restoran ini menyediakan kepelbagaian makanan untuk pagi, tengah hari dan malam
"Harga ikan mengikut harga semasa. Memang mahal sikit tetapi tidak salah berbelanja lebih untuk makanan yang lazat. Semua masakan disediakan oleh chef berpengalaman terutamanya masakan kampung," katanya.
Menu lain yang disediakan termasuk nasi lemak berlauk, rendang ayam, mi rebus dan laksa Pahang.
Sambal belacan, air asam dan sambal tempoyak bakal membuatkan deria rasa kepedasan peringkat tertinggi apabila dipadankan dengan gabungan ikan sungai sama ada dibakar, digoreng atau masakan gulai.
Alam tradisi dan kekampungan bergabung dengan ulam pegaga, petai, pucuk ubi, pucuk mengkudu membangkitkan selera. Tidak dilupakan pencuci mulut seperti tapai pulut dan bubur kacang.
Kenangan menikmati makanan kampung bermula di sini. Bau masakan dari dapur yang terletak kurang 50 meter dari meja makan begitu menjolok deria rasa.
Di satu sudut, Ketua Chef, Kamarul Arifin sibuk mengacau-ngacau kuali.
Chef berusia 32 tahun ini mula belajar memasak daripada arwah bapanya, Hamzah Kanain, semasa berumur lapan tahun lagi ketika keluarganya membuka restoran di Temerloh.
"Semasa kegemilangan restoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah makan di situ iaitu pada tahun 1998 selain kerabat diraja Pahang.
"Ada juga orang putih yang merah muka kerana kepedasan makan gulai masam ikan patin. Mereka hot!, hot!, " kenang Kamarul yang terkilan restoran itu kini terpaksa ditutup.
Menurut beliau, untuk memasak ikan patin terutamanya gulai masam, tidak perlu terlalu banyak menggunakan tempoyak dan cili.
"Masukkan secukup rasa, anda akan menikmati kelazatannya. Terlalu banyak tempoyak akan menjadikannya berlemak. Terlalu banyak cili akan menyebabkannya terlalu pedas. Sederhana sudah cukuplah," katanya.
Beliau turut berkongsi rahsia bahawa ikan sungai tidak perlu diperam dengan perahan air limau untuk membuang bau hanyirnya, sebaliknya cukup dengan basuhan air paip sahaja.
------------------------------------------------------------------------
ni restoran milik Besta Corporation....ayah Liyana Jasmay

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Restoran Ikan Sungai
td boss no 1 kawan baru lunch kat sini 4 orang ....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
MD wrote:td boss no 1 kawan baru lunch kat sini 4 orang ....
regenya baper?
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Restoran Ikan Sungai
ni resit ada depan kawan ni hehehehehhe
juling mata membayor
4 orang makan rm726.80
juling mata membayor
4 orang makan rm726.80
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
MD wrote:ni resit ada depan kawan ni hehehehehhe
juling mata membayor
4 orang makan rm726.80
nak transport ikan patin dari Temerloh ke KL tu mahal kot....
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Restoran Ikan Sungai
koi igtkan email pasal hok penoh keluor sblm ni sekadar nak jatuhkan bisnes restoren ni...bile MD cakak gitu... mmg betul la tu.. MD cakak ape pun koi caye
pillet ikan patin skg ni mahei wwwwo... naik berlipat kali gandanye.. sebelipat perot orang yg memakan ikannye..
pillet ikan patin skg ni mahei wwwwo... naik berlipat kali gandanye.. sebelipat perot orang yg memakan ikannye..
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Restoran Ikan Sungai
samdol wrote:koi igtkan email pasal hok penoh keluor sblm ni sekadar nak jatuhkan bisnes restoren ni...bile MD cakak gitu... mmg betul la tu.. MD cakak ape pun koi caye
pillet ikan patin skg ni mahei wwwwo... naik berlipat kali gandanye.. sebelipat perot orang yg memakan ikannye..
berdasarkan resit yg ada ni.....
patin 640gram - Gulai Tempoyak RM160.00
baung 530gram - Gulai Tempoyak RM116.00
temoleh 695gram - goreng RM152.90
kawan suka restoren ikan sungai dikormersialkan,cuma bila main tang harge ni jadi masalah sikit...
kalau ikan sangkar,takleh jual rege sama mcm ikan sungai liar tu...harap penyelarasan harga dapat dibuat oleh kedai ni...
ni dah kira macam makanan ikan eksotik dah ni...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
baler... terbantut nak makan sini...
deto.. mintk sponsor cantit tu.. ekekekWKA..
deto.. mintk sponsor cantit tu.. ekekekWKA..
Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: Restoran Ikan Sungai
Mrcipizs wrote:baler... terbantut nak makan sini...
deto.. mintk sponsor cantit tu.. ekekekWKA..
hahahahahaa...nak makan ok cuma kena beringatla..
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
koi hanye mampu menangis bile menengok ke rege nye...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Restoran Ikan Sungai
stat kete buh miny0k byr t0l mkn kt temerl0h sudaa..theehee
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Restoran Ikan Sungai
ukur baju di badan sendiri jela...tu baru citer ikan..kawan aku keje tailor kat klcc katanya potong kaki seluar sekali jahit balik rm60 regenya..tu pun ada org dtg buat..dia sendiri tergelak..tempah baju melayu pun rm 600..aduiiiyyaaaiiii..kalau stended sangat gitu la gayanya..rm600 tu satu family punya baju raya tu
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Restoran Ikan Sungai
fourzy wrote:ukur baju di badan sendiri jela...tu baru citer ikan..kawan aku keje tailor kat klcc katanya potong kaki seluar sekali jahit balik rm60 regenya..tu pun ada org dtg buat..dia sendiri tergelak..tempah baju melayu pun rm 600..aduiiiyyaaaiiii..kalau stended sangat gitu la gayanya..rm600 tu satu family punya baju raya tu
hehehe...dunia2...
yg kaye apela sangt kan..
yg miskin/sederhane paham2 la....
p/s soryy lari topic ker..
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Restoran Ikan Sungai
kal0 ikan sg yg kecik2 tu g0reng kunyit garing tp
jgn smpi rent0ngg 'mmg eEnak dimakan begitu saja..o0o sedaknyaa'..
jgn smpi rent0ngg 'mmg eEnak dimakan begitu saja..o0o sedaknyaa'..
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Restoran Ikan Sungai
RoyKay33 wrote:kal0 ikan sg yg kecik2 tu g0reng kunyit garing tp
jgn smpi rent0ngg 'mmg eEnak dimakan begitu saja..o0o sedaknyaa'..
ade pulok sambal tempoyok..perghh..awek lalu mmg xsedo laa..
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
fourzy wrote:ukur baju di badan sendiri jela...tu baru citer ikan..kawan aku keje tailor kat klcc katanya potong kaki seluar sekali jahit balik rm60 regenya..tu pun ada org dtg buat..dia sendiri tergelak..tempah baju melayu pun rm 600..aduiiiyyaaaiiii..kalau stended sangat gitu la gayanya..rm600 tu satu family punya baju raya tu
Tuan Jasmay Shah tu pun customer aku tu...bila nak buat seluar selalu jer letak harga sendiri..ko lain kali pas makan cuba letak harga sendiri,mau kena pelangkung...
Re: Restoran Ikan Sungai
zulkbo wrote:fourzy wrote:ukur baju di badan sendiri jela...tu baru citer ikan..kawan aku keje tailor kat klcc katanya potong kaki seluar sekali jahit balik rm60 regenya..tu pun ada org dtg buat..dia sendiri tergelak..tempah baju melayu pun rm 600..aduiiiyyaaaiiii..kalau stended sangat gitu la gayanya..rm600 tu satu family punya baju raya tu
Tuan Jasmay Shah tu pun customer aku tu...bila nak buat seluar selalu jer letak harga sendiri..ko lain kali pas makan cuba letak harga sendiri,mau kena pelangkung...
wakakakaka...suka-suka letak rege..bole gitu???
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Restoran Ikan Sungai
Pada petang Selasa 3/11/2009 kawan ada ke wangsa maju...hala balik sebelum Maybank [dari wangsa maju - setapak ] tepi jalan tu terpandang satu Restoran Rodong Rodong - sah promote ikan patin dan masakan Pahang [ berdasarkan banner kat depan kedai tu ]
ini kedai baru buka....
p/s - mungkin Renjer Faisal boleh buat risikan...
ini kedai baru buka....
p/s - mungkin Renjer Faisal boleh buat risikan...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
MD wrote:Pada petang Selasa 3/11/2009 kawan ada ke wangsa maju...hala balik sebelum Maybank [dari wangsa maju - setapak ] tepi jalan tu terpandang satu Restoran Rodong Rodong - sah promote ikan patin dan masakan Pahang [ berdasarkan banner kat depan kedai tu ]
ini kedai baru buka....
p/s - mungkin Renjer Faisal boleh buat risikan...
konpem kena pergi buat risikan
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Restoran Ikan Sungai
risik jgn x risik deto..
kalo rege dia ok..bole la nok gi..
ni sekali masuk..5 nam ratus..uish..
kalo rege dia ok..bole la nok gi..
ni sekali masuk..5 nam ratus..uish..
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Restoran Ikan Sungai
Deto & Oyie,
kawan rasa regenya kompetitif tak macam hak satu lagi tu.....
kawan rasa regenya kompetitif tak macam hak satu lagi tu.....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Restoran Ikan Sungai
ok..nnti aok risik kan..
next month kite pi sama2..hehe.
p/s: lama doh x mkn masakan phg wehh..
hari2 asam pedas..
next month kite pi sama2..hehe.
p/s: lama doh x mkn masakan phg wehh..
hari2 asam pedas..
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Restoran Ikan Sungai
MD wrote:Deto & Oyie,
kawan rasa regenya kompetitif tak macam hak satu lagi tu.....
pesaingan yang bagus..
hat restoran satu lagi tu
koi kenal tokey dia..
orang kaya rega mestilah mahei
huh huh huh
Re: Restoran Ikan Sungai
kita buat program Jalan-Jalan Cari Makan versi PCC.....pastu tampal sticker PCC kat cermin kedai tu..LULUS
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Restoran Ikan Sungai
zulkbo wrote:MD wrote:Deto & Oyie,
kawan rasa regenya kompetitif tak macam hak satu lagi tu.....
pesaingan yang bagus..
hat restoran satu lagi tu
koi kenal tokey dia..
orang kaya rega mestilah mahei
huh huh huh
Zul,
aok kabor ke tokey dia tu ,one day PCCian nak datang makan kat sana dan ambik gambar...agak agak dapat diskaun tak...hehehee
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Ikan Sungai & Orang Pahang Tidak Dapat Dipisahkan
» Makanan/Restoran Tidak Halal
» rebiu restoran SHANI CAFE
» Rebiu l Restoran Murtabak Mengkasar l Sri Rampai
» IKAN GERGASI
» Makanan/Restoran Tidak Halal
» rebiu restoran SHANI CAFE
» Rebiu l Restoran Murtabak Mengkasar l Sri Rampai
» IKAN GERGASI
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum