Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Hoki Piala Asia di Kuantan

3 posters

Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Deto_8 Tue Apr 21, 2009 11:10 am

Malaysia mampu capai sasaran Piala Asia
KUALA LUMPUR - Jurulatih negara, Tai Beng Hai percaya Malaysia mampu mencapai sasaran muncul antara empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Asia di Kuantan, Pahang, bulan depan.

Bagaimanapun, katanya, sasaran itu boleh dicapai jika semua pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam sesi latihan dan sepanjang kejohanan itu yang disertai oleh 10 negara.

Beng Hai menegaskan persediaan rapi dari aspek taktikal, mental, fizikal dan pemakanan pada peringkat akhir latihan pusat akan menentukan kunci kejayaan skuad negara dan faktor kelebihan sebagai tuan rumah tidak menjadi ukuran.

Kelmarin, Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan pencapaian antara empat pasukan terbaik pada kejohanan dari 9 hingga 16 Mei itu sebagai sasaran.

Beng Hai menjelaskan kelebihan bermain di negara sendiri tidak menjamin kejayaan kecuali pemain mengambil kesempatan sepenuhnya faktor cuaca dan pemakanan semasa sesi latihan.

Kejohanan Asia edisi kelapan kali ini disertai oleh juara bertahan India (ranking ke-10 dunia), Korea Selatan (5), Pakistan (Cool, Jepun (11), Malaysia (15), China (16), Bangladesh (34), Singapura (43), Sri Lanka (41) dan Oman yang menduduki ranking ke-57 dunia.

Pasukan juara kejohanan Asia ini akan layak secara automatik ke pertandingan Piala Dunia 2010 di India manakala empat pasukan terbaik seterusnya akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia November ini.

Pada kejohanan lepas di Chennai, India, pada 2007, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Jepun 5-3 manakala India merangkul kejuaraan itu dengan menewaskan Korea Selatan 7-2 pada perlawanan akhir.

Beng Hai berkata, Malaysia bakal menghadapi saingan sengit daripada pasukan India, Pakistan, Jepun dan Korea Selatan pada kejohanan Asia kali ini.

"Pakistan dan India dijangka menurunkan pemain sama yang menyertai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dan kami sudah mengetahui corak permainan mereka," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan dengan Jepun dan Korea Selatan agak sukar untuk membuat perhitungan ketika ini memandangkan pasukan negara sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua pasukan itu.

Ditanya mengenai pencapaian negara menjadi naib juara Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh minggu lepas, Beng Hai berkata kejayaan yang tidak dijangka itu telah meningkatkan keyakinan pemain.

Malaysia tewas 1-3 kepada India pada perlawanan akhir tersebut.

"Pemain kini lebih yakin dan ini merupakan petanda baik menjelang cabaran pada Kejohanan Asia nanti," katanya. - Bernama

---------------------------------
mungkin buat di Kuantan atas sebab Tengku Mahkota jadi presiden PHM....Chili's pun dah sponsor team national
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Mrcipizs Wed Apr 29, 2009 4:31 pm

Hoki Piala Asia dipalit kecewa
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my

Sri Lanka buat kejutan tarik diri, PHM mahu penjelasan AHF

KANCAH hoki Piala Asia 2009 dipalit kecewa apabila skuad Sri Lanka menarik diri pada saat-saat terakhir untuk menyaksikan hanya tujuh pasukan, termasuk tuan rumah, Malaysia bertanding bagi memburu tiket tunggal layak ke Piala Dunia 2010.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata beliau menerima perkhabaran mengejutkan itu, semalam dan akan menghubungi Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi mendapatkan kepastian penarikan diri itu yang kini menjejaskan kelancaran jadual pertandingan di Kuantan yang bermula 9 Mei ini.

“Saya harap AHF dapat mencari pasukan pengganti bagi memastikan kejohanan itu tetap membabitkan lapan pasukan.

“Ia amat mengecewakan jika tujuh pasukan yang bertanding dan berharap AHF dapat menggantikan pasukan lain bagi mencukupkan kuota asal,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Stadium Hoki Kuantan, semalam.

“Sebagai tuan rumah, Malaysia sudah mengeluarkan belanja hampir RM1.3 juta untuk menaiktaraf kemudahan di stadium, malah bersedia untuk menjadi penganjur terbaik.”

Tanpa Sri Lanka, tujuh pasukan mengesahkan bertanding ialah juara bertahan, India, Jepun, China, Korea Selatan, Pakistan, Bangladesh dan Malaysia, selaku tuan rumah.

Mengikut jadual asal, Dubai menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Asia 2009 sebelum menarik diri dengan alasan kemelesetan ekonomi dan PHM ditawarkan sebagai tuan rumah.
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Deto_8 Thu Apr 30, 2009 10:07 am

Ranking dunia bukan jadi ukuran kejayaan - Beng Hai
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.nizam@kosmo.com.my

ANDAI ranking dunia menjadi ukuran, skuad hoki negara mungkin tidak mampu melangkah ke separuh akhir Piala Asia di Kuantan pada 9 hingga 16 Mei depan.

Ini kerana, Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia, diundi bersama pasukan Korea Selatan (ranking ke-5) dan Jepun (11) dalam Kumpulan A manakala pengganti bagi Sri Lanka (41) yang menarik diri kelmarin, masih belum diumumkan.

Namun, itu semua tidak merisaukan jurulatih, Tai Beng Hai kerana apa yang lebih penting baginya ialah keazaman dan kesungguhan yang ada pada diri anak buahnya untuk mencatat kejayaan di hadapan peminat sendiri kelak.

"Jika berdasarkan ranking dunia, kita pasti berdepan kesukaran untuk mara ke separuh akhir kerana Korea Selatan dan Jepun berada pada kedudukan yang lebih baik daripada kita," kata Beng Hai kepada Kosmo! semalam.

"Tapi itu semua tidak merisaukan saya kerana ranking dunia hanyalah reputasi di atas kertas dan sentiasa berubah.

"Bagi saya, apa yang penting ialah prestasi dan kesungguhan pemain di atas padang. Itulah yang bakal menjadi penentu kepada kejayaan dalam sesuatu kejohanan," ujarnya lagi.

Menurut Beng Hai yang dilantik menggantikan Sarjit Singh Januari lalu, skuad negara perlu memenangi satu perlawanan sahaja pada peringkat kumpulan jika berhajat untuk melangkah ke separuh akhir.

Ketika Persekutuan Hoki Asia (AHF) masih belum mengumumkan pengganti Sri Lanka, Beng Hai mengakui anak buahnya perlu menumbangkan gergasi Asia, Korea Selatan, atau Jepun untuk meneruskan kemaraan.

"Secara logiknya selepas Sri Lanka menarik diri, kita perlu menang satu perlawanan sama ada ke atas Korea atau Jepun untuk layak.

"Korea Selatan agak kuat berbanding kita, jadi sasaran realistiknya ialah menang ke atas Jepun.

"Begitupun ini tidak bermakna kita akan beri laluan mudah kepada Korea. Kita tetap akan cuba mencipta kemenangan ke atas Korea, terutamanya selepas tahu serba sedikit corak permainan mereka ketika mengadakan perlawanan persahabatan di kelab-kelab sana," kata Beng Hai lagi.

Skuad negara tiba di Kuantan semalam untuk menjalani persiapan terakhir sebelum pemilihan 18 pemain terakhir bagi Kejohanan Piala Asia yang menawarkan slot tunggal ke Kejohanan Piala Dunia di New Delhi tahun depan.

Selain Korea Selatan dan Jepun yang menjadi halangan Malaysia dalam Kumpulan A, Kumpulan B pula menyaksikan persaingan di antara Pakistan (Cool, India (10), China (16) dan Bangladesh (34).
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Deto_8 Sun May 10, 2009 12:35 pm

Malaysia ikat Korea Selatan
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

SKUAD negara bermula baik pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia Ke-8 di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan semalam.

Berdepan dengan Korea Selatan ternyata tidak menggentarkan skuad kendalian Tan Beng Hai itu apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Awal babak pertama menyaksikan Korea Selatan yang menghuni ranking kelima dunia lebih banyak mengasak kubu skuad negara.

Namun, kekentalan benteng pertahanan skuad negara berjaya menafikan setiap peluang yang dimiliki Korea Selatan.

Melihatkan Korea Selatan bermula garang, skuad negara mula mengatur serangan dengan lebih kemas dengan dikemudi kapten Mohd. Madzli Ikhmar Mohd. Nor.

Hasil satu serangan, skuad negara berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila merobek gawang Korea Selatan pada minit ke-35 hasil jaringan Mohamad Nor Nabil Fiqri.

Babak kedua bersambung menyaksikan Korea Selatan menggandakan asakan bagi memburu gol penyamaan.

Kebangkitan tersebut berhasil apabila Korea Selatan memperoleh gol penyamaan hasil jaringan Jin Kyung-min pada minit ke-53.

Jaringan penyamaan tersebut ternyata menyemarakkan semangat Korea Selatan untuk terus menggegar gawang skuad negara.

Namun, kekentalan benteng pertahanan negara terus menafikan hajat Korea Selatan untuk mencipta kemenangan.

Beng Hai yang ditemui selepas tamat perlawanan berkata, keputusan tersebut boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana anak buahnya berhasil mengawal kebangkitan Korea Selatan terutama pada babak kedua.

"Keputusan ini (seri) sudah dijangka, bagaimanapun ia merupakan satu kejayaan kerana pemain kita masih mampu memberi saingan hebat walaupun Korea Selatan berada di ranking kelima dunia manakala pasukan Malaysia di tangga ke-15," katanya.

Ditanya mengenai persediaan menghadapi Bangladesh esok, Beng Hai berkata, pasukannya tetap menghormati kemampuan pasukan bukan pilihan itu.

"Bangladesh dikenali sebagai antara pasukan yang hebat dan kita menghormati pasukan itu.

"Kita akan cuba memberi aksi terbaik dalam menentang skuad Bangladesh pada perlawanan kedua nanti," ujarnya.

Sementara itu, Jepun membelasah Bangladesh 5-0 dalam satu lagi saingan Kumpulan A manakala Pakistan seri 1-1 dengan China.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  J.Milan22 Tue May 12, 2009 10:18 am

Malaysia belasah Bangladesh

Hoki Piala Asia di Kuantan Su_02.1

ISMAIL ABU (kanan) dicabar dua pemain Bangladesh pada
perlawanan Kumpulan A Piala Asia di Kuantan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------



SKUAD hoki negara menang bergaya.


Semalam mereka membelasah Bangladesh 7-1 pada perlawanan peringkat Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia edisi kelapan di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu bermula garang dan meledakkan jaringan pembukaan seawal minit keempat menerusi gerakan padang Mohd. Shahrun Nabil Abdullah sebelum Azlan Misron meledak gol kedua pada minit ke-13.

Sokongan padu penyokong tuan rumah nyata merangsang semangat juang pemain negara yang terus melancarkan ancaman berbahaya ke kubu lawan.

Hasilnya, mereka memperoleh gol ketiga melalui jaringan padang Chua Boon Huat pada minit ke-15.

Lima minit kemudian gawang pelawat terus dirobek menerusi jaringan Mohd. Amin Rahim hasil daripada pukulan sudut penalti.

Gol sagu hati Bangladesh diperoleh pada minit ke-28 yang disempurnakan oleh Md. Zahidul Islam menerusi pukulan sudut penalti.

Derita pasukan lawan terus dirasai apabila Malaysia menambah jaringan pada minit ke-39 menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil.

Tuan rumah yang berada dalam kedudukan selesa kemudiannya melengkapkan cabaran dengan menambah dua lagi gol menerusi Tengku Ahmad Tajuddin dan Ismail Abu pada minit ke-43 dan 50 sebelum wisel penamat dibunyikan.

Jurulatih, Tai Beng Hai yang berpuas hati dengan persembahan anak didiknya menganggap perlawanan berkenaan telah menepati sasaran yang ditetapkan.

Mengenai pertemuan dengan Jepun esok katanya, pasukan negara akan bermain sebaik mungkin untuk mencapai tiga mata penuh walaupun skuad negara hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke perlawanan separuh akhir.

Terdahulu, Korea Selatan turut berjaya memungut tiga mata penuh selepas menewaskan Jepun 3-2.

Korea Selatan membuka jaringan menerusi Jin Kyung-min pada minit ke-12 sebelum Jepun menyamakan kedudukan minit ke-20 melalui Kei Kawakami hasil daripada pukulan sudut penalti.

Korea Selatan kemudiannya bangkit dengan jaringan kedua dan ketiga pada minit ke-22 dan 35 menerusi Lee Nam-yong.

Jepun yang ketinggalan dua gol, merapatkan jurang pemisah dengan jaringan daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Mizawa Takayasu pada minit ke-53.
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  J.Milan22 Tue May 12, 2009 10:21 am

Hoki Piala Asia di Kuantan Su_02.2
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Deto_8 Tue May 12, 2009 10:22 am

sedih....penyokong tak ramai....
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  J.Milan22 Tue May 12, 2009 11:16 am

Deto_8 wrote:sedih....penyokong tak ramai....

tula...ader kawn dengor...
mentang2 PHM skunk org pahang..
terus jadi tuan rumoh...
klu wat tempat lain mesti dapat sambutan...dieorg cakap
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  J.Milan22 Fri May 15, 2009 11:55 am

Pakistan sekat langkah Malaysia





Hoki Piala Asia di Kuantan Su_02.1
PEMAIN negara, Kevinder Singh (tengah) diasak dua pemain Pakistan pada separuh akhir kedua Kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


SKUAD negara gagal melangkah ke perlawa- nan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia selepas tewas 2-4 kepada Pakistan pada aksi separuh akhir semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan itu menyaksikan skuad negara bermula garang dengan melancarkan serangan ke kubu Pakistan.

Serangan skuad negara yang diketuai kapten, Mohd. Madzli Ikhmar Mohd. Nor ternyata berhasil apabila berjaya merobek gawang Pakistan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang oleh Ismail Abu.

Melihatkan asakan demi asakan daripada skuad negara, Pakistan bangkit memperhebatkan serangan bagi menyamakan kedudukan.

Menerusi satu serangan balas, Pakistan akhirnya berjaya menggegar gawang tuan rumah menerusi pukulan kencang Rehan Butt pada minit ke-19.

Tersentak dengan jaringan penyamaan Pakistan, skuad kendalian Tai Beng Hai mula memperkemas taktik serangan.

Namun, serangan demi serangan yang dilakukan sehingga minit-minit terakhir babak pertama masih belum membuahkan hasil.

Babak kedua bersambung menyaksikan Pakistan beberapa kali mengacah kubu skuad negara.

Hasilnya, Pakistan memperoleh gol kedua menerusi jaringan Akhtar Ali pada minit ke-47.

Pakistan terus mendominasi perlawanan apabila Rehan Butt sekali lagi merobek gawang skuad negara pada minit ke-63 sebelum Haseem Khan meledak gol keempat empat minit kemudian.

Ketika perlawanan memasuki minit terakhir, Ismail berjaya menjaringkan gol kedua skuad negara, namun ia sudah terlambat untuk menafikan peluang Pakistan mara ke final.

Mengulas aksi anak buahnya semalam, Beng Hai tetap melahirkan rasa puas hati atas komitmen yang dipamerkan mereka sepanjang kejohanan.

"Ia satu perlawanan yang sengit menentang Pakistan," kata Beng Hai.

"Apa pun saya berharap skuad negara akan memberi komitmen tinggi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat menentang China nanti.

Terdahulu, Korea Selatan mara ke final selepas menewaskan China 5-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Hoki Piala Asia di Kuantan Empty Re: Hoki Piala Asia di Kuantan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum