Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
+10
Bederun
Cik_N
CT Gurlz
cekwa
dikwan
SailorMoon
ozzy
MD
Deto_8
zulkbo
14 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”
Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.
Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.
Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
ada sorang kawan join MLM....dulu meletup2 sampai pakai caldina....sekarang pakai kancil....
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Deto_8 wrote:ada sorang kawan join MLM....dulu meletup2 sampai pakai caldina....sekarang pakai kancil....
banyok lagi kisah duka, [tak sampai hati nak cerita...] pada asasnya perniagaan MLM dan produknya bagus dan berkesan...sistem direka [ untuk cepat kaya ],ini yang tak bagusnya...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
kalau satu dua kompeni ok jugak...ni bila dah berpuluh (mungkin beratus) camne nak cari downline
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
sebab orang melayu nak kaya cepat...
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
ozzy wrote:sebab orang melayu nak kaya cepat...
realitinya mana ada mende
senang dalam dunia ni..?
orang kita susah nak mencari duit..
kerja selalu makan gaji bulanan jer
tapi senang di tipu..yang menipu pulak
orang melayu jugak..sedih-sedih..
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Skim yang ada sekarang telah di ubahcara kepada sistem pelaburan/pembelian/penajaan terhadap sesuatu produk pengguna atau perkhidmatan..
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
bunyi mulut selalu manih
tak kena duit la..masuk nama
jer lah..pelan2 deme tu mintak duit
sampai bergadai bergolok mamat ni
akhirnya yang di kejar tak dapat
yang di simpan lebur..
tak kena duit la..masuk nama
jer lah..pelan2 deme tu mintak duit
sampai bergadai bergolok mamat ni
akhirnya yang di kejar tak dapat
yang di simpan lebur..
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Deto_8 wrote:ada sorang kawan join MLM....dulu meletup2 sampai pakai caldina....sekarang pakai kancil....
ada kes guna Caldina sewa...
apapun reward ''tabung kereta'' itu masih tetap kena bayor [ dengan hasil jualan sendiri + downline ]
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
SailorMoon wrote:sama ker skim cepat kaya ngn MLM ni?
sepupu sepapat la juga tuu..hehe
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
SailorMoon wrote:sama ker skim cepat kaya ngn MLM ni?
1. skim cepat kaya
2. MLM
dua perkara berasingan,tapi kini hak no 2 tu dimanipulasi menjadi hak no 1...
create sistem macam macam,...tu masalah nya..
kesan turut terkena pada syarikat yang benar benar bersifat MLM.
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
MD wrote:SailorMoon wrote:sama ker skim cepat kaya ngn MLM ni?
1. skim cepat kaya
2. MLM
dua perkara berasingan,tapi kini hak no 2 tu dimanipulasi menjadi hak no 1...
create sistem macam macam,...tu masalah nya..
kesan turut terkena pada syarikat yang benar benar bersifat MLM.
fobia da keh nak join... aksyik kena janji manis penaja jer..
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Sikap tamak punca ramai terpedaya pelaburan haram
Harian Metro - 17/6/2010
KUALA LUMPUR: Penipuan kewangan membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya tidak mengenal mangsa apabila semua lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial termasuk VIP dan jutawan di negara ini mudah terpedaya hingga mengalami kerugian berjuta ringgit.
Disebabkan rasa tamak, ramai terpedaya hingga Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan jumlah pelaburan yang dibuat seseorang individu dalam skim haram bagi mendapatkan pulangan lumayan adalah antara RM15 hingga RM9.6 juta bagi seorang pelabur.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, semua lapisan masyarakat termasuk penduduk kampung dan bandar, suri rumah, pesara, peniaga, kakitangan kerajaan, orang berpengaruh serta berpelajaran tinggi sudah menjadi mangsa dan terus menjadi sasaran penganjur skim pelaburan haram.
Beliau berkata, ini kerana penganjur skim mengambil kesempatan terhadap sikap tamak manusia dan ia menjadi faktor utama ramai rakyat negara ini terjebak dengan skim yang menjanjikan pulangan luar biasa.
“Golongan berpengaruh seperti VIP dan artis juga antara yang menjadi sasaran apabila dieksploitasi penganjur supaya dapat menambah keyakinan, seterusnya menarik lebih ramai orang.
“Apa yang penting, orang ramai perlu tingkatkan pengetahuan bagi mengelak terjebak dengan skim seumpama itu,” katanya.
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Pada pandangan koi yg cetek ni lah...sebab ape mudoh terjebak dgn skim2 gni sebenarnya sikap org kite yang malas te lar...mintak maaf lah yak..kebanyakan..
Mereka ni malas berusaha, malas bertanya, malas mengkaji, seme menda nak cepat dan nak senang, dok goyang kaki terima duit bulan2. Sebenarnya kalau kita tanya org2 yang jadi jutawan yang hidup senang sekarang ni, takder yang duduk2 saje, semuanya bertungkus lumus , mengkaji dan macam2 lagi. Bak kata orang ni bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...hak yang senang te la skim cepat kaya dan yang tu le yang dikejor2 oleh deme sanggup keluar bepuluh2 ribu semata2 nak cepat kaya, akhirnya tergadai. Kalau yang banyak duit tak mengapalah, tp kalau yang sampai meminjam bank te kesian la pulok..Jadi berhati2 lah, bukan semua skim , program dan MLM yang dicipta tak betul, ada juga yang melahirkan ramai jutawan muda tapi senyap2 sebab takut kena kejor dgn LHDN..

dikwan wrote:MD wrote:SailorMoon wrote:sama ker skim cepat kaya ngn MLM ni?
1. skim cepat kaya
2. MLM
dua perkara berasingan,tapi kini hak no 2 tu dimanipulasi menjadi hak no 1...
create sistem macam macam,...tu masalah nya..
kesan turut terkena pada syarikat yang benar benar bersifat MLM.
fobia da keh nak join... aksyik kena janji manis penaja jer..
Berapa ribu abeh dikwan...
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
x pnah nak pecaya semua ni walaupn dipujuk dirayu tuk sertai...
dikwan ni cam kenal jer...ermmm
dikwan ni cam kenal jer...ermmm
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
CT Gurlz wrote:x pnah nak pecaya semua ni walaupn dipujuk dirayu tuk sertai...
dikwan ni cam kenal jer...ermmm
tahniah atas sikap sebegini
harap kekalkanlah..
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
salam semua..
koi heran bila kerajaan nak bagi lesen judi bola
kita semua melenting..padahal kita yang islam
jangan la beli..haram tetap haram..bio pun berlesen..
alhamdulillah kerajaan tak jadi nak buat..jadi berleluasa lah
judi bola black market yang perniagaannya mencecah
pertaruhan sehingga RM 100 juta sehari..yang kaya
gangters tawke-tawke judi tu..setidaknya kerajaan keluar
lesen duit tag boleh bantu orang cina lain yang susah..
bukan nak bagi yang islam makan..itu satu.....
Orang kita bila ada MLM ..sana cepat kaya sini cepat kaya
mudah percaya..cepat jer masuk..akhir tertipu..realiti
bila nak cepat kaya sama lah dengan berjudi..mana ada
mende cepat kaya tanpa berusaha...kena siasat juga
tah sumber apa dia labur..kira haram juga..entah deme
labur sektor bela khinzir ke apa..yang ni kita hehoh2 bila kita
dapat hasil..pujuk serata kampung ajak join..sampai masa
semua telungkup..agen lari..sapa agen tu??orang melayu kita
alamakk malu wehh...!!!

yeah..emosi nampaknya en zul kita..
Bila manusia memandang duit adalah segala2nya.. maka ia akan berbuat apa sahaja demi tujuan itu w/pun dah tau risiko yg menunggu.. padahal rezki Allah luas di muka bumi ini..kalau x nak berusaha tapi nak berjaya payahlah.. matlamat tidak menghalalkan cara...

Cik_N wrote:

dok aihh..
suka..
kan aok ada?
la la la
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
Jawapannye mudoh amat..
Nama nye te 'Skim Cepat Kaya'. ape doknye org melayu kita jadi 'kemamo' mata..
Cer deme tuko ke mende te jadi 'Skim Cepat Miskin', mboh deme tgk duit 1 sen deme te beso mcm kepala bapok gajoh.. hehehe..

Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Re: Mengapa Melayu Suka Skim Cepat Kaya?
pendapat kawan yang tak seberapa.
MLM sebenarnya terbahagi kepada beberapa system. ada yang tidak berproduk dan ada jugak menggunakan produk. in certain ade jugok guna MLM untuk lariskan produk die.. contoh Avon dulu pon Mutual Marketing dan beberapa jenis lagi.
MLM adalah risiko kepada orang yang tamak tapi malas.
MLM juga berisiko kerana system yang tak bagus. Ini terjadi pada HPA, Sureco dan etc
MLM juga adalah sesuatu yang menguntungkan bagi orang yang pandai berniaga.
Lagi tinggi modal MLM tu lagi tinggi risiko. Cthnya yang ada burung terbang tuh.. penapis air tu kat china baru 250 ringgil msia.. hahhaha orang cakap la tak tau la kebenaran.
Tapi bagi kawan senang jer.. jangan main MLM modal nak kene labur sampai ribuan ringgit.. cubalah yang kecilan.. kerana yang kecil ni akan tahan lama dan pasaran luas..
sekian penat dah menaip.. kalo en zul tolong taipkan takpe die rajin

Pelaburan auta syarikat MLM
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.
Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan.
Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.
Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.
Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah.
Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.
Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.
"Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.
"Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan.

Ada sesetengah Melayu
haram pada dorang just dalam makanan... x boleh makan babi... x boleh makan kaki katak dalam mi goreng...
arak x haram, duit haram tak haram, judi tak haram, sentuh perempuan bukan muhrim x haram...
MLM ni haram... full stop

deskcom- Posts : 21
Points : 22
Join date : 28/07/2010
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Kenapa melayu kita suka pelaburan....
» K3K Benta Kaya Kopitiam
» MENGAPA OH MENGAPA?
» MENGAPA YAHUDI BIJAK
» Mengapa Kita Di Suruh Berdoa
» K3K Benta Kaya Kopitiam
» MENGAPA OH MENGAPA?
» MENGAPA YAHUDI BIJAK
» Mengapa Kita Di Suruh Berdoa
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum