Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bentong l OKU maut dirempuh lori

Go down

Bentong l OKU maut dirempuh lori Empty Bentong l OKU maut dirempuh lori

Post  Deto_8 Thu Mar 25, 2010 10:39 am

BENTONG – Seorang orang kelainan upaya (OKU) warga emas meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Ah Peng di sini, semalam

Kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa, Toong Yen Toi, 58, dipercayai cuba melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri di hadapan Pasar Bentong.

Mangsa tidak menyedari sebuah lori datang dari arah bandar Bentong menuju ke Raub hingga menyebabkan dirinya tercampak ke atas jalan akibat dilanggar lori seberat tiga tan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Rosli Abdul Rahman berkata, orang ramai menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa di bawa ke Hospital Bentong untuk dapatkan rawatan lanjut namun meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

Menurutnya, pejalan kaki dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu-lintas dan sentiasa berhati-hati ketika melintas jalan.

“Pejalan kaki perlu berhati-hati tanpa mengira waktu malam atau siang kerana setiap masa jalan dilalui kenderaan.

“Walaupun pada awal pagi, trafik agak lenggang dan lancar namun tidak bermakna pengguna tidak perlu amalkan sikap berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum