Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
KISAH SANTAU
+5
Cik_N
zulkbo
ozzy
lepat_ubi
Yassin
9 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
KISAH SANTAU
Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.
Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.
Jenis-jenis Santau:
Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
Hilang daya ingatan.
Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Sumber : http://www.penawar.com
Re: KISAH SANTAU
Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.
Re: KISAH SANTAU
menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: KISAH SANTAU
lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada....
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada....
lor...lelaki tak kena ke?
ini tidak adil...
tapi kek nye kalo dah nok kena tu...
tak kire jantina rase nye,,
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: KISAH SANTAU
lepat_ubi wrote:Yassin wrote:lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada....
lor...lelaki tak kena ke?
ini tidak adil...
tapi kek nye kalo dah nok kena tu...
tak kire jantina rase nye,,
Bukan gitu maksud kawan ...org pompuan nei kadang mulut tu celupar..jadi jaga mulut sikit....sebagai contoh mekala ada org minat cakap molek2 jgn ckp bender tak baik...nie ada setengoh tu sampai ludoh tuiii....ke bumi punya tak minat dia kat lelaki tu jadi jangan buat gitu cakap molek org tak maroh....
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.
Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh...
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KISAH SANTAU
ozzy wrote:Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.
Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh...
Tu laa pasalnya geng yahudi tu ker ...
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:ozzy wrote:Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.
Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh...
Tu laa pasalnya geng yahudi tu ker ...
cer naik gen*** gi santau pastu bawa toyol sekor..
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KISAH SANTAU
mintak di jauhkan la koi dari mende gini
sapa kat PCC nih tak puas hati ngan koi
cer kabo..jangan main gini meh??
naya koi... kouta ada 3 lagi nie
hu hu hu
sapa kat PCC nih tak puas hati ngan koi
cer kabo..jangan main gini meh??
naya koi... kouta ada 3 lagi nie
hu hu hu
Re: KISAH SANTAU
zulkbo wrote:mintak di jauhkan la koi dari mende gini
sapa kat PCC nih tak puas hati ngan koi
cer kabo..jangan main gini meh??
naya koi... kouta ada 3 lagi nie
hu hu hu
Tul tu kawan pun jgn di hembus tak pasal naya kawan anok kecik lagi hehehe....... mekala ada bender tak puas hati moh ajok bincang dulu...kita kena karipap amenya dulu
Re: KISAH SANTAU
Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
JENIS JENIS SANTAU:
Ada 2 jenis santau -
1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.
Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.
Sekian
Sumber : www.syifa-alhidayah.com

Cik_N wrote:Apakah hukum santau menyantau di sisi agama kita?
haram la..terang2 dia mtk tolong dgn setan..kdg2 ade jugak bomoh guna al-quran tp dia campur dgn mantera..lastly,ia ttp haram..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: KISAH SANTAU
Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.
jumpa pawang di PCC mujarab tak?
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: KISAH SANTAU
Cik_N wrote:Apakah hukum santau menyantau di sisi agama kita?
Hukumnya seperti membunuh juga tetap diantara senarai dosa besar.
Re: KISAH SANTAU
koi takut nor menda gini
harap dijauhkan Allah
hati orang..hasad dengki..khianat
kita bukan tahu..
harap dijauhkan Allah
hati orang..hasad dengki..khianat
kita bukan tahu..
Re: KISAH SANTAU
strikerbuncit wrote:Yassin wrote:Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.
jumpa pawang di PCC mujarab tak?
Aok jgn berbagai hehehehe
Santau yang amat bahaya santau drp makanan (termakan) sebab itu kita disarankan berdoa dahulu sebelum makan, ada juga amalan org tua dulu-dulu memakai penawarnya seperti paruh burung lilin dan sebagainya...sementara santau angin juga hebat ,jadi amalkan membaca surah2 tertentu sebelum tidor...ada juga terkadang kehebatan Bomoh2 sesat menghantar makhluk halusnya seperti ulat bulu jika terlangkah selesai....
Last edited by Yassin on Tue Jan 19, 2010 7:31 am; edited 1 time in total
Re: KISAH SANTAU
kenapa manusia selalu berhasad dengki?
kenapa tidak boleh hidup aman damai?
mengapa perlu menganaiya sesama manusia?
kenapa tidak boleh hidup aman damai?
mengapa perlu menganaiya sesama manusia?
syiraz77- Posts : 11
Points : 12
Join date : 18/01/2010
Re: KISAH SANTAU
syiraz77 wrote:kenapa manusia selalu berhasad dengki?
kenapa tidak boleh hidup aman damai?
mengapa perlu menganaiya sesama manusia?
Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging iaitu hati, kala molek hatinya moleklah perperbuatannya.
Sebab itu Allah sediakan syurga dan neraka jadi pilih laa kita nak ditempatkan dimana
subahanaallah....
Re: KISAH SANTAU
Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.
Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org.
Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org.
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.
Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org.
banyok ke kes gini kat jerantut nuh Yassin?
koi ingat orang dah tak membuat gini ..ruper ada lagi
Re: KISAH SANTAU
zulkbo wrote:Yassin wrote:Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.
Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org.
banyok ke kes gini kat jerantut nuh Yassin?
koi ingat orang dah tak membuat gini ..ruper ada lagi
mana pun ada zul selagi ada PHD- Penyakit hasad dengki, hati yang busuk tak ingat mati....
Re: KISAH SANTAU
Yassin wrote:
mana pun ada zul selagi ada PHD- Penyakit hasad dengki, hati yang busuk tak ingat mati....
maksud koi Yassin ada lagi ke
bomoh yang masih hidup yang
membuat jampi serapah kerja jahat nih
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Kisah Plat C (Pahang) aokme
» Kisah pengkhianatan
» Kisah malam Jumaat
» Kisah Murtad Di Malaysia
» Kisah Pokok Epal
» Kisah pengkhianatan
» Kisah malam Jumaat
» Kisah Murtad Di Malaysia
» Kisah Pokok Epal
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|