Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Makanan/Restoran Tidak Halal

+8
ozzy
koy101
RAFtegang
Awangmaseru
sakur@86
zulkbo
labu sayong
strikerbuncit
12 posters

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  strikerbuncit Wed Jan 06, 2010 12:13 pm

zulkbo wrote:makan sadin byk reput tulang
bahan kimia byk dalam tu
apa pun tepuk dada tanya selera la
he he.. Very Happy

sbnrnya kebanyakan makanan dlm tin memberi risiko kanser kpd pemakannya..krn stp tin itu akan diberi pgawet tahan lama yg amat berbahaya pd tubuh bdn..

msa kwn studi dulu,lecturer ada gtau psal sardin ni..tak taula jeck kata pkai katak..tp cite kwn ni sardin itu dbuat dgn menggunakan siput babi..sbb tu sardin agak berlendir..betul@ tak,wallahualam..but,kita mst elak benda2 camni..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Wed Jan 06, 2010 12:14 pm

SIJIL HALAL TERBARU YANG DILULUSKAN
[MAKLUMAT SYARIKAT & PRODUK]


NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD [315081-K(CHEMBONG)]
Lot 3857-3862
Jalan Perusahaan 4
Kawasan Perindustrian Chembong
71300 Rembau,Negeri Sembilan DARUL KHUSUS

Tarikh Sah Sijil : 16/11/2009 - 15/11/2011


SENARAI PRODUK YANG DILULUSKAN

1. Vanilla Strawberry
[NESTLE]

2. Vanilla Lemon Lime Sherbet
[NESTLE]

3. LA CREMERIA Nuts & Macadamia Paradise
[LA CREMERIA]

4. MAT KOOL Twist
[MAT KOOL ]

5. MAT KOOL Swirl
[MAT KOOL ]

6. NESTLE SMARTIES
[NESTLE ]

7. LA CREMERIA Chocolate Mocha Indulgence
[LA CREMERIA]

8. Vanilla Flavoured with Chocolate Sauce
[NESTLE]

9. MAT KOOL Tangle
[MAT KOOL ]

10. Original Cup
[NESTLE]

11. MAT KOOL Whoosh
[NESTLE]

12. LA CREMERIA TIRAMISU
[LA CREMERIA]

13. Fun Blueberry
[NESTLE]

14. DRUMSTICK Top Choc
[DRUMSTICK]

15. DRUMSTICK KIT KAT
[DRUMSTICK]

16. Chocolate Vanilla
[NESTLE]

17. Apple Sourz
[NESTLE]

18. NESTLE MILO
[NESTLE]

19. NESTLE KIT KAT
[NESTLE]

20. NESTLE DRUMSTICK
[NESTLE]

21. NESTLE DIBS
[NESTLE]

22. NESTLE Crunch
[NESTLE]

23. MAT KOOL Super Blaster
[MAT KOOL]

24. NESTLE Coffee
[NESTLE]

25. Nestle Vanilla Macadamia Caramel Ripple
[Nestle ]

26. TROPICANA Vanilla Lemon Lime
[NESTLE]

27. TROPHY Vanilla Champ
[NESTLE]

28. TROPHY Almond Choc
[NESTLE]

29. SUNDAE Vanilla
[NESTLE/ KFC]

30. Butterscotch Flavoured
[NESTLE]

31. Vanilla Flavoured With Mixed Berries Flavoured Sauce
[NESTLE]

32. Yam And Coconut Flavoured
[NESTLE]

33. Corn Flavoured
[NESTLE]


sumber : www.halal.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  Jeck Sparow Wed Jan 06, 2010 12:16 pm

Bende ni semua pada kita kalau kita ada rasa was was dan tak yakin status halalnyer so lebih bak tak beli dari beli wallahhuallam
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Wed Jan 06, 2010 12:21 pm

Aduan :
Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol).

Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Sekian terima kasih.

Wassalam.
Tarikh Aduan :
18/03/2009 - 04:23:01
Jawapan :
Waalikumsalam..wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal.com. Sekian Terima Kasih.

sumber - www.halal.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Wed Jan 06, 2010 12:25 pm

Aduan :
Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi.

Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen.

Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim.

Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.
Tarikh Aduan :
19/12/2008 - 15:55:47
Jawapan :
Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.

sumber- www.halal.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Wed Jan 06, 2010 12:30 pm

Aduan :
Assalammualaikum...

saya agak muskil dengan produk yang mengandungi kandungan kod bahan berkenaan. Diharap pihak Jakim dapat menjelaskan status barang berikut untuk kepastian saya adakah ia mengandungi bahan terlarang atau pun campuran babi atau minyak babi:-

Emulsifiers:
120,141,160(A), 161,252,300,301,422,430,431,434,435,436,441,470,471,472(AE),473~477,481~483,491,494,542,570,631,635,920 beur & RENNET...

Ada kawan yang menghantar code makanan ini kepada saya....Dan juga saya sudah mengenalpasti ia terkandung dalam coklat Chadbury, aiskrim Walls dan banyak lagi....

Diharap pihak Jakim dapat memberi respon kepada saya dengan segera. Berkhidmat kerana Allah SWT. Sekian terima kasih
Tarikh Aduan :
28/02/2008 - 09:59:35
Jawapan :
Wassalam, Kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa,pewarna dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber kod E tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti.Pengguna tidak perlu panik terhadap kod E tetapi perlu prihatin terhadap sumbernya dan status halalnya. Berkenaan produk aiskrim yang tuan nyatakan, produk tersebut telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan Badan Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM. JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan namun terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM seperti yang disenaraikan di www.halal.gov.my.Manakala coklat Cadbury untuk pasaran Malaysia telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM yang sah. Terima kasih.

sumber -www.halal.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Wed Jan 06, 2010 12:53 pm

PENGGUNAAN STUNNING

Stunning ialah salah satu cara untuk manjadikan binatang yang hendak disembelih tidak sedar untuk beberapa saat bagi mengurangkan kesakitan pada mereka. Di Eropah, ia menjadi suatu kemestian kepada sesiapa yang hendak melakukan penyembelihan binatang.

Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa Penggunaan stunning harus dilakukan ke atas haiwan yang akan disembelih dengan syarat;

1. Penggunaan stunning hendaklah dikendali selia oleh penyembelih Muslim atau Badan Pengiktiraf Halal.

2. Haiwan yang dikenakan stunning hanya mengalami kejutan sementara dan tidak menyebabkan mati atau mengalami kecederaan kekal.

3. Peralatan yang digunakan untuk stunning babi tidak boleh digunakan untuk binatang halal. Tiga jenis stunning yang harus dan biasa digunakan;

Stunning Elektrik

a. Jenis yang dibenarkan oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab mengenai penyembelihan.

b. Kekuatan arus letrik hendaklah dikawal oleh pihak yang bertauliah.

c. Jenis yang menggunakan stunning di kepala haiwan iaitu meletakkan dua elektrod di bahagian kepala haiwan.

d. Stunning Elektrik untuk ayam itik ialah “water bath” sahaja.

Stunning Mekanikal

a. Hanya digunakan pada lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

b. Jenis yang tidak menusuk (berkepala bentuk cendawan/ bundar).

c. Tidak menembusi atau memecahkan tengkorak supaya tidak berlaku kecederaan kekal.

Stunning Angin Sejenis stunning berkuasa elektrik yang bertindak melalui tekanan udara dan tidak mengandungi sebarang peluru. Ketukan udara berlaku di bahagian hujung tengkuk haiwan menyebabkannya tidak sedarkan diri beberapa saat.

sumber artikel- www.halal.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  ozzy Thu Mar 04, 2010 4:24 pm

Mamak pucat lesi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
04/03/2010
KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen.
Dalam sesi ujian oral terbabit, pekerja restoran terbabit yang mengaku Islam dari selatan India hanya terkebil-kebil selepas berulang kali diminta pegawai Jakim membacakan ayat mudah terbabit sejurus serbuan dilakukan di sebuah restoran ‘mamak’ di Kota Damansara, di sini.
Dalam operasi jam 11 pagi semalam, sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran terbabit selepas mendapat aduan berhubung penggunaan logo halal mencurigakan yang dipasang dalam premis berkenaan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang mengetuai operasi terbabit berkata, langkah memeriksa premis makanan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru status restoran itu yang menggaji majoriti pekerja asing.
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.
“Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.
“Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan,” katanya.
Menurutnya, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamerkan serta menggantungkan sijil halal berkenaan dalam premis untuk meyakinkan pelanggan berhubung produk dijual.
“Susulan itu, Jakim sengaja mengatur sesi ujian temuduga ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam. Justeru, penyelia terbabit segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam dan dibawa masuk dari India.
“Berdasarkan pas pekerja, pembantu restoran itu dikenali sebagai Ahmad Kadir, 26 tahun. Namun, agak mengejutkan apabila dia langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan surah al-Fatihah,” katanya.
Menurutnya, pembantu kedai terbabit terkebil-kebil kebingungan seolah-olah kali pertama mendengar ucapan dua kalimah syahadah yang dilafazkan seorang pegawai Jakim.


sumber - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mamakpucatlesi/Article
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  MD Thu Mar 04, 2010 4:33 pm

elok JAKIM pergiatkan operasi...Tahniah JAKIM
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  zulkbo Thu Mar 04, 2010 7:40 pm

Good info OZZY & MD..
thankz bro berdua..amat berguna..
sunny
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Makanan/Restoran Tidak Halal - Page 3 Empty Re: Makanan/Restoran Tidak Halal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum