Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah

3 posters

Go down

Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah Empty Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah

Post  Deto_8 Tue Nov 24, 2009 10:57 pm

FELDA KOTA GELANGGI 02 - Gangguan gajah tunggal yang merosakkan tanaman di kawasan perumahan penduduk, khasnya Felda Kota Gelanggi 02 dan Felda Sungai Tekam Utara berjaya diatasi pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), menerusi penangkapan gajah berkenaan dan operasi pemindahan yang dilakukan semalam.

Gajah tunggal berkenaan dilaporkan sebelum ini telah beberapa kali masuk ke kawasan perumahan penduduk untuk mendapatkan makanan.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Ahmad Syarif berkata, gajah berkenaan berjaya ditangkap pagi Khamis, 19 November lalu oleh anggota Perhilitan dengan kerjasama penduduk.

Menurutnya, gajah yang ditangkap itu adalah yang ketiga di negeri ini menerusi tangkapan dalam dua operasi berbeza yang turut akan dipindahkan.

“Kehadiran dan aktiviti gajah tunggal ini telah dipantau lebih sebulan oleh anggota Perhilitan, dengan keputusan pemindahan dilakukan berikutan kekerapan haiwan itu masuk ke kawasan perumahan dikhuatiri mendatangkan bahaya.

“Operasi tangkap dan pindah ini membabitkan kos berjumlah RM45,000 yang merangkumi kos operasi, makanan, perubatan, kenderaan dan persediaan lain,” katanya ketika ditemui di lokasi pemindahan dilakukan.

Khiriah berkata, bagi tahun ini dianggarkan kira-kira 200 aduan gangguan gajah diterima di seluruh negeri, dengan pemindahan kali ini adalah membabitkan gajah tunggal ketiga.

Menurutnya, haiwan itu akan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Ketia di Hutan Simpan Taman Negara Kenyir Terengganu.

Sementara itu, Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Jabatan Perhilitan Kuala Gandah Lanchang, Nasharuddin Othman berkata, seramai 20 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi pemindahan yang dijalankan.

Menurutnya, gajah yang terlibat adalah jantan berusia sekitar 15 ke 20 tahun dan mengikut pola kehidupannya, haiwan itu terpisah daripada kumpulan asal di hutan berdekatan.

“Gajah ini terpisah dan tidak lagi kembali kepada habitat asalnya kerana telah menemui lokasi selesa untuk mencari makanan tanpa persaingan dan gangguan.

“Tidak dinafikan gajah ini berkemungkinan menukar tren atau tabiat asalnya untuk tidak lagi kembali ke hutan, disebabkan telah selesa di tempat baru yang tidak diganggu, selain mudah mendapatkan makanan,” katanya.

Nasharuddin berkata, operasi yang dilakukan kali ini adalah yang operasi ke 32 di seluruh negara bagi 2009 manakala bagi Pahang ia adalah operasi kedua, membabitkan gajah tunggal di Felda Kota Gelanggi 02 seberat dua tan.

Menurutnya, sepanjang November ini tiga ekor gajah dipindahkan keluar dari negeri ini manakala 15 ekor lagi dicatatkan pemindahannya pada bulan lalu.

“Tren gangguan gajah di Pahang adalah naik turun iaitu berubah-ubah mengikut keadaan dan keselesaan haiwan berkenaan, dan juga berdasarkan kedudukan dan habitat asalnya dengan lokasi baru.

“Untuk Pahang, kawasan Temerloh, Bera dan Chini adalah lokasi yang sehingga kini masih lagi mencatatkan gangguan haiwan berkenaan,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah Empty Re: Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah

Post  zulkbo Tue Nov 24, 2009 11:08 pm

koi bukan ape kesian
ke gajoh ni..tak de kawan
elok lah tu... Crying or Very sad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah Empty Re: Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah

Post  anuar Wed May 05, 2010 12:26 pm

Deto_8 wrote:FELDA KOTA GELANGGI 02 - Gangguan gajah tunggal yang merosakkan tanaman di kawasan perumahan penduduk, khasnya Felda Kota Gelanggi 02 dan Felda Sungai Tekam Utara berjaya diatasi pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), menerusi penangkapan gajah berkenaan dan operasi pemindahan yang dilakukan semalam.

Gajah tunggal berkenaan dilaporkan sebelum ini telah beberapa kali masuk ke kawasan perumahan penduduk untuk mendapatkan makanan.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Ahmad Syarif berkata, gajah berkenaan berjaya ditangkap pagi Khamis, 19 November lalu oleh anggota Perhilitan dengan kerjasama penduduk.

Menurutnya, gajah yang ditangkap itu adalah yang ketiga di negeri ini menerusi tangkapan dalam dua operasi berbeza yang turut akan dipindahkan.

“Kehadiran dan aktiviti gajah tunggal ini telah dipantau lebih sebulan oleh anggota Perhilitan, dengan keputusan pemindahan dilakukan berikutan kekerapan haiwan itu masuk ke kawasan perumahan dikhuatiri mendatangkan bahaya.

“Operasi tangkap dan pindah ini membabitkan kos berjumlah RM45,000 yang merangkumi kos operasi, makanan, perubatan, kenderaan dan persediaan lain,” katanya ketika ditemui di lokasi pemindahan dilakukan.

Khiriah berkata, bagi tahun ini dianggarkan kira-kira 200 aduan gangguan gajah diterima di seluruh negeri, dengan pemindahan kali ini adalah membabitkan gajah tunggal ketiga.

Menurutnya, haiwan itu akan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Ketia di Hutan Simpan Taman Negara Kenyir Terengganu.

Sementara itu, Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Jabatan Perhilitan Kuala Gandah Lanchang, Nasharuddin Othman berkata, seramai 20 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi pemindahan yang dijalankan.

Menurutnya, gajah yang terlibat adalah jantan berusia sekitar 15 ke 20 tahun dan mengikut pola kehidupannya, haiwan itu terpisah daripada kumpulan asal di hutan berdekatan.

“Gajah ini terpisah dan tidak lagi kembali kepada habitat asalnya kerana telah menemui lokasi selesa untuk mencari makanan tanpa persaingan dan gangguan.

“Tidak dinafikan gajah ini berkemungkinan menukar tren atau tabiat asalnya untuk tidak lagi kembali ke hutan, disebabkan telah selesa di tempat baru yang tidak diganggu, selain mudah mendapatkan makanan,” katanya.

Nasharuddin berkata, operasi yang dilakukan kali ini adalah yang operasi ke 32 di seluruh negara bagi 2009 manakala bagi Pahang ia adalah operasi kedua, membabitkan gajah tunggal di Felda Kota Gelanggi 02 seberat dua tan.

Menurutnya, sepanjang November ini tiga ekor gajah dipindahkan keluar dari negeri ini manakala 15 ekor lagi dicatatkan pemindahannya pada bulan lalu.

“Tren gangguan gajah di Pahang adalah naik turun iaitu berubah-ubah mengikut keadaan dan keselesaan haiwan berkenaan, dan juga berdasarkan kedudukan dan habitat asalnya dengan lokasi baru.

“Untuk Pahang, kawasan Temerloh, Bera dan Chini adalah lokasi yang sehingga kini masih lagi mencatatkan gangguan haiwan berkenaan,” katanya.

sumber : Sinar Harian

anuar

Posts : 1
Points : 1
Join date : 05/05/2010

Back to top Go down

Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah Empty Re: Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum