Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Go down

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang Empty Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Post  MD Thu Nov 05, 2009 10:15 am

Assalamualaikum semua warga PCC..
Melalui topik ini kita boleh post dan kumpulkan mana mana penulis cerpen,buku,pelukis [meliputi lukisan umum dan majalah penerbitan] dan wartawan [khususnya media cetak ] yang berasal dari Pahang..
ada gambar lagi menarik....
semoga topik ini menjadi semacam pengkalan data dan sumber rujukan pada yang memerlukan...

Stay Tune at PCC, Selamat Berforum.... flower
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang Empty Re: Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Post  MD Thu Nov 05, 2009 10:17 am

1.Nazeri Nong Samah
- nama penulis Cerpen yang tak asing lagi kelahiran Jerantut.beliau popular sekitar 80an dan 90an.banyak menghasilkan cerpen cerpen dan bayak juga memenangi anugerah...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang Empty Re: Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Post  MD Thu Nov 05, 2009 12:36 pm

ARIPIN SAID
(Aripin bin Said)

Lahir 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera, Temerloh, Pahang.
Di alamat 25, Jalan 1/4, Kembangsari, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

ARIPIN SAID, penulis sastera kreatif yang juga terkenal dengan cerita dan lagu-lagu rakyatnya. Beliau membuat penyelidikan mengenai budaya tradisional sekali gus menulis dan menyanyikan lagu-lagu tradisi tersebut.

Aripin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Kebangsaan Kuala Bera, Pahang. Pendidikan menengahnya pula di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Beliau memasuki Maktab Perguruan Kuantan pada sesi 1967/1969. Setelah keluar dari maktab pada tahun 1969, Aripin mengajar di beberapa buah sekolah di Terengganu dan Pahang. Jawatan terakhirnya dalam bidang perguruan ialah sebagai Guru Besar di Sekolah Triang, Pahang. Pada sesi pengajian 1976/1977, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Aripin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1986 dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kecintaan Aripin Said terhadap arena penulisan bermula sewaktu di sekolah menengah lagi. Beliau menjadi editor majalah Sekolah Menengah Abu Bakar sejak dalam tingkatan empat. Minatnya ini semakin mendapat asuhan ketika beliau berada di Maktab Perguruan Kuantan. Beliau pernah memenangi pelbagai peraduan mengarang semasa di maktab ini di samping mula menulis untuk akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

Bersekolah pada tahun-tahun 1960-an memang sukar untuk mendapat bahan-bahan bacaan. Namun bagi Aripin Said, gurunya, Abdullah Hashim Haji Musa selalu meminjamkannya buku-buku cerita, akhbar dan majalah. Akhbar yang sampai ke sekolah di pedalaman pada waktu itu ialah Panduan Rakyat (Jawi) dan majalah Mutiara (Jawi). Ternyata budi guru ini secara tidak langsung memupuk minatnya kepada sastera sehingga berkembang ke sekolah menengah. Aripin mendapat bimbingan daripada dua orang guru yang bukan sekadar mengajar bahasa dan sastera Melayu, tetapi juga merupakan aktivis dalam bidang itu. Guru tersebut ialah Abdul Jalil Mohd. Yusof (Allahyarham) yang sering menyumbangkan rencananya di akhbar dan majalah, dan Dzulkarim Daud, seorang dramatis terkenal tanah air yang pernah bergiat dalam Kumpulan Seriwana, Singapura. Di bawah pimpinan Cikgu Dzulkarim, Kumpulan Drama Sekolah (KUSEDRA), selain mementaskan drama di sekolah, kumpulan ini juga sering membuat pementasan di sekitar Bandar Temerloh. Dari sinilah Aripin mula belajar berlakon dan menulis skrip drama.

Aripin Said dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin, seorang bidan kampung yang terkenal di Mukim Bera. Sebagai seorang bidan, tentu sahaja Zaleha mempunyai banyak cerita, petua serta ungkapan bahasa yang menarik. Semasa kecilnya itu, Aripin Said sering mendengar neneknya bercerita.

Sehingga kini, lebih daripada 200 buah cerpen dan 200 buah puisi yang telah dihasilkannya. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah di tanah air seperti Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Budaya, Mastika, Sarina, Al-Islam, Kiblat, Jelita, Majalah Sukan, Pemimpin, Sistem Pelajar dan lain-lain lagi.

Beliau juga diberi ruangan khusus dalam Dewan Sastera, yang bertajuk, "Sastera Klasik" dalam Pelita Bahasa di bawah tajuk, "Peribahasa"; ruangan "Sastera dan Budaya" dalam Utusan Zaman dan "Kebijaksanaan Silam" dalam Utusan Malaysia.

Penulis yang selalu menjelajah dari kampung ke kampung ini amat senang dengan lingkungan kehidupan yang sederhana. Penulis-penulis Pahang seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Zakaria Hitam dan Ahmad Kotot (kesemuanya Allahyarham) adalah guru dunia kreatifnya, malah dianggapnya seperti bapa. Daripada tiga orang tokoh penulis besar inilah, Aripin Said banyak menimba pengalaman dan mendapat nasihat dan bimbingan.

Sepanjang kegiatan berkarya, Aripin telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan-badan tertentu. Antara hadiah yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Pustaka Kelantan pada tahun 1978; Peraduan Mengarang Cerpen Islam pada tahun 1979; Peraduan Menulis Cerita Lucu Kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka 1983; Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1987 (puisi), 1990 (cerpen), 1991 (cerpen remaja) dan 1992 (cerpen remaja). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. memenangi Hadiah Buku Kebangsaan 1990 bagi kategori klasik remaja.

Dalam beberapa tahun terdekat, Aripin lebih dikenali dengan persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat sambil memukul rebana dan bercerita tentang akhlak yang patut ada pada anak-anak. Persembahan bentuk ini mempunyai khalayaknya yang tersendiri. Selain membuat persembahan di Kuala Lumpur, Aripin turut mempersembahkannya di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam; di Colombo, Hanbantota, Candy, Newrwalla, Gale di Sri Lanka; di Bandung, Jakarta, Bali, Ujung Pandang dan Medan di Indonesia; di kawasan-kawasan perumahan di Singapura hinggalah ke Leiden di Belanda; di Rochester dan London di United Kingdom hingga ke negara-negara Perancis dan Jerman.

Di tanah air, beliau menjadi anggota pelbagai pertubuhan yang ada hubungannya dengan sastera, bahasa dan budaya. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP). Beliau juga menjadi anggota Persatuan Asia Diraja Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Sarjana Melayu Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP pada tahun 1978/1979. Pada tahun 1978, beliau menjadi Setiausaha Hari Puisi Nasional yang diadakan di Kuantan. Pada tahun 1978 juga, beliau menyertai delegasi Malaysia ke Pertemuan Penyair ASEAN Pertama di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Beliau juga menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Padang, Bandar Seri Begawan, Singapura dan di Kuching.

Dalam hubungannya menangani perkembangan sastera dan budaya di Negeri Pahang Darul Makmur, beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang bermula pada tahun 1983. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa kesenian dan kebudayaan di negeri tersebut.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, sempena sambutan hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 1990, telah mengurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada Aripin Said bagi menghargai kebaktiannya dalam bidang budaya.
Kini Aripin Said bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia. Beliau memberi kuliah tentang bahasa dan sastera di Fakulti Pengajian Pendidikan di universiti tersebut.
KARYA
Novel
- Resah dalam Cinta. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1980

Novel Remaja
- Anak Kampung Batu Uban. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1984
- Di Tengah Ladang Menghijau. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988
- Menongkah Gelombang. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1989
- Suara Piano Rumah Banglo. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1990

Cerpen
- Tinggi-tinggi Burung di Awan. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press, 1979
- Malam Syahdu. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press, 1982
- Erti Sebuah Kehidupan. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1982
- Kota yang Dibangunkan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia, 1985
- Rahsia Gadis Bisu (antologi bersama). Petaling Jaya: `K' Publishing, 1984
- Malang Tidak Berbau (antologi bersama). Petaling Jaya: `K' Publishing, 1984
- Arnizah (antologi bersama). Petaling Jaya: `K' Publishing, 1984
- Ayahku Seorang Siswa (antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1984
- Sekuntum Budi Wangi (peny.). Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1985
- Ditawan Makhluk Asing (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985
- Terperangkap (antologi bersama). Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1985
- Sebuah Lagu Bisikan Hati (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1986
- Sejernih Embun Pagi (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1986
- Mencari Sejalur Sinar (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1986
- Dalam Sangkar Emas (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1986
- Anak Jalan Melati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987
- Si Gadis Bunga (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1987
- Kasih Sayang (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
- Tenggelamnya Sebuah Kapal (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; 1989
- Terima Kasih, Atika (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
- Teratai Merah (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1989
- Sebuah Warung di Tengah Kota, (antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1989
- Satu Gantinya Tiga (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Melayu Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1989
- Jiran Sekampung (antologi bersama). Petaling Jaya: Oscar Book International, 1990
- Catatan Nor Baizura (antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1990
- Dagang Bertuah (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
- Pesan Pada Angin (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1991
- Suara Laut (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1992
- Waqaf (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Melayu Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1992
- Wira Bukit Banggi (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1992
- Bulan Pucat di Kaki Langit. Petaling Jaya: Longman Malaysia, 1993
- Pesan Nenek (antologi bersama). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1993
- Gadis (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1993

Puisi
- Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
- Pemain Rebana. Kuala Lumpur: Azam Publications, 1990
- Temu Puisi (peny. bersama Ratnawati Jamil). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, 1991

Drama Remaja
- Cempaka Berdarah (antologi bersama). Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd., 1990

Cereka dan Fakta
- Harimau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

Cerita Rakyat
- Benawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982
- Juara yang Tewas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985
- Racik Raja Putera. Shah Alam: Marwilis Publisher, 1988
- Gasing Bertuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
- Awang Sabdu dengan Tok Guru. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1989
- Cerita Awang Miskin. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1989
- Tukang Canai Batu Permata. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1989
- Gasing Bertuah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1989
- Puteri Manuhara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990

Umum
- Warisan Sastera Pahang Darul Makmur (antologi bersama). Kuala Lumpur: Biro Penerbitan GAPENA, 1987
-

Proses Penciptaan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991

sumber info www.dbp.gov.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang Empty Re: Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Post  MD Sat Nov 13, 2010 10:14 am

Cik_N wrote:senarai ahli akademik dr pahang tak dok ke weh.. leh kome letok puspawathy ramaloo, wartawan tv3... org kampung koi... hehehe...


Cik N...Disini topiknya... Laughing
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang Empty Re: Penulis Cerpen,Buku,Pelukis & Wartawan Berasal Dari Pahang

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum