Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Cabaran Dollah

5 posters

Go down

Cabaran Dollah Empty Cabaran Dollah

Post  Deto_8 Thu May 07, 2009 10:12 am

Oleh Asrol Awang


DOLLAH Salleh yang baru mengambil alih tugas sebagai jurulatih Pahang mengakui tugasnya semakin getir bagi melonjakkan kembali skuad berkenaan ke persada Liga Super berikutan kekalahan 1-2 di tangan Selangor, kelmarin.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan dan Pahang itu tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya percaya skuadnya mampu memperbaiki kedudukan kedua tercorot liga berkenaan.

“Saya harap pemain mendapat pengajaran terbaik selepas dikecewakan dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Selangor. Sepatutnya, kita mampu menang perlawanan malam tadi jika Razlan Oto bijak memanfaatkan peluang.

“Lebih-lebih lagi, Razlan hanya berdepan dengan penjaga gol Selangor (Mohd Hamsani Ahmad) tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan,” katanya semalam.

Namun, Dollah tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemainnya yang sudah memberikan 100 peratus dan yakin kualiti permainan akan ditingkatkan pada perlawanan akan datang.

Selangor adalah pasukan yang berpengalaman dan mereka bijak mengambil peluang untuk menguasai permainan selepas kecederaan kapten, Mohd Shukri Ismail pada minit ke-60.

“Sebelum perlawanan, saya sudah memaklumkan kepada pemain bahawa kita akan menentang sebuah pasukan hebat tetapi 30 minit terakhir, pemain gagal mempertahankannya,” katanya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Pahang sekadar meraih lapan mata menyebabkan skuad yang pernah menjuarai Piala Malaysia pada 1983 dan 1992 terus menghuni kelompok terbawah liga.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 07, 2009 11:50 am

cammon dollah...
kwn lebih percayakan awok dari Tajudin...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  faisalmik Thu May 07, 2009 1:01 pm

semoga Dollah berjaya bawa perubahan dlm team Pahang ni....
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 48
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 07, 2009 1:12 pm

faisalmik wrote:semoga Dollah berjaya bawa perubahan dlm team Pahang ni....

harap2 camtulah...
taun ni dapat still liga superr jer kiteorg nak
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  MD Thu May 07, 2009 1:38 pm

kekal dalam MSL pon dikira baik....jangan turun

dan turut percaya DS ada ramuan yg tersendiri dalam melatih pasukan
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  Mrcipizs Thu May 07, 2009 2:04 pm

Utusan Malaysia wrote:Dua alasan Pahang kalah kepada Selangor

KUANTAN - Jurulatih baru Pahang, Dollah Salleh memulakan langkah sumbang apabila gagal mengutip mata penuh dalam ujian pertamanya ketika Pahang tunduk kepada Selangor pada perlawanan Liga Super di sini, kelmarin, lapor YUSRI SAHAT.

Namun, Dollah mempunyai dua alasan kukuh mengapa Pahang tewas 1-2 kepada juara Piala FA itu.

Dua punca yang dikenal pasti ialah kecederaan teruk ketua pasukan, Mohd. Shukri Ismail yang menyebabkan pemain terbabit terpaksa diusung keluar padang sebelum menerima jahitan di bahagian dagu dan pipi.

Faktor kekalahan kedua apabila kegagalan pemain tengah, Razlan Oto menyempurnakan peluang di depan pintu gol yang dianggap meruntuhkan moral rakan sepasukan ketika Pahang mendahului 1-0.

''Apabila semangat pemain menurun, Selangor sebagai pasukan berpengalaman mengambil kesempatan untuk meledakkan dua gol dalam tempoh empat minit iaitu pada minit ke-65 dan 69.

''Selepas itu Selangor semakin yakin sekali gus menguasai permainan dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pertemuan Pahang-Selangor di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pada pertemuan tersebut, Pahang sempat mencuri perhatian apabila mendahului juara Piala FA itu 1-0 sebelum gawangnya dibolosi dua kali selepas itu.

Menurut Dollah, beliau secara peribadi berpuas hati dengan persembahan anak buahnya terutama pada separuh masa pertama apabila berjaya mengikat pergerakan pemain lawan yang jauh lebih berpengalaman.

''Sebelum perlawanan, saya mengingatkan pemain supaya mengawasi setiap pergerakan lawan sehingga wisel penamat tetapi apabila kapten keluar, tiada yang siapa boleh mengambil alih tugasnya mengendalikan pasukan menyebabkan Selangor mengambil kesempatan," katanya.

Beliau juga berharap Mohd. Shukri dapat sembuh daripada kecederaannya menjelang perlawanan pada 16 Mei ini.

''Saya benar-benar memerlukan Mohd. Shukri kerana hanya dia yang boleh mengendalikan pasukan ketika di atas padang," ujarnya.

Beliau juga sedang merangka strategi bagi memastikan Pahang yang berada di tangga kedua tercorot tidak tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Dollah mengambil alih tugas Tajuddin Nor selaku jurulatih selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kecewa dengan prestasi skuad Tok Gajah yang bagaikan 'telur di hujung tanduk' musim ini.

Dollah kini memikul tugas berat untuk mengembalikan semula reputasi Pahang, sekurang-kurangnya dengan misi mengeluarkan diri daripada zon penyingkiran.
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  Deto_8 Thu May 07, 2009 2:07 pm

nampak sangat pengaruh Botak dalam team.....

patutnya awal masuk blend player lama ngan player muda cam N9 buat...ni semua dicampak ke SM
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 07, 2009 3:33 pm

Deto_8 wrote:nampak sangat pengaruh Botak dalam team.....

patutnya awal masuk blend player lama ngan player muda cam N9 buat...ni semua dicampak ke SM

xtaula aper yg managemnt pk....
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  Mrcipizs Thu May 07, 2009 4:03 pm

diorang pikir ke?? lu pikirlah sendiri..ekekekkeWKA...
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 07, 2009 5:30 pm

Mrcipizs wrote:diorang pikir ke?? lu pikirlah sendiri..ekekekkeWKA...

lu pikirla sendri pun...doh macam2 kene kutuk skunk ni...ekekeke Laughing Laughing
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  faisalmik Thu May 07, 2009 5:33 pm

Deto_8 wrote:nampak sangat pengaruh Botak dalam team.....

patutnya awal masuk blend player lama ngan player muda cam N9 buat...ni semua dicampak ke SM

nak ikut cam Arsenal kot....guna player muda... bounce bounce
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 48
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 07, 2009 5:39 pm

faisalmik wrote:
Deto_8 wrote:nampak sangat pengaruh Botak dalam team.....

patutnya awal masuk blend player lama ngan player muda cam N9 buat...ni semua dicampak ke SM

nak ikut cam Arsenal kot....guna player muda... bounce bounce

yela tu kot..
tapi manager bukan cam wenger pung (TN dulu lah..tgok plok DS guaner)...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  faisalmik Thu May 21, 2009 3:54 pm

Tanda positif Pahang akan bangkit: Dollah

Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my

EPISOD duka yang dihadapi skuad Pahang diharap berakhir selepas aksi cemerlang ketika membenam Negeri Sembilan 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Harapan itu diluahkan jurulatih skuad itu, Dollah Salleh selepas menyaksikan pemainnya berjaya menidakkan peluang skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan untuk membawa pulang sebarang mata.

Dollah berkata, berdasarkan persembahan yang dipamerkan kelmarin, ia adalah petanda positif buat Pahang untuk bangkit selepas aksi hambar hingga menduduki tangga kedua tercorot liga.



Katanya, sudah tiba masanya pemain berada pada kedudukan selesa kerana corak permainan mereka sebenarnya tidak jauh ketinggalan berbanding dengan lawan yang lebih berpengalaman.

"Pemain sebenarnya mampu melakar kejayaan. Tapi, kegagalan mengawal rentak permainan dan sedikit kealpaan memberi lawan kemenangan,” katanya.

Mengulas kemenangan ke atas Negeri Sembilan, Dollah berkata, kejayaan itu lebih kepada semangat berpasukan yang dipersembahkan pemainnya yang tidak mengenal erti putus asa.

Katanya, kesebelasan utama yang pertama kali diturunkan banyak membantu menyekat kegarangan lawan terutama persembahan bertenaga pada babak kedua perlawanan.

"Ia dibuktikan dengan kejayaan menjaringkan gol tunggal menerusi Mohd Azamuddin Akil ketika Pahang begitu terdesak memungut tiga mata berharga," katanya.

Namun, kemenangan itu belum menjamin kedudukan selesa Pahang kerana masih berada di tangga ke-13 daripada 14 pasukan yang bertanding dengan mengumpul 11 mata, hasil daripada tiga kemenangan dan dua seri.
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 48
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  Deto_8 Thu May 21, 2009 3:58 pm

semalam petang Kapten Pahang call kawan....memang dia suka ngan cara Dollah bawak....nampak ada improvement....DS juga pandai jaga hati player....

harap pusingan kedua turning point bagi team Pahang.....
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  J.Milan22 Thu May 21, 2009 5:12 pm

Deto_8 wrote:semalam petang Kapten Pahang call kawan....memang dia suka ngan cara Dollah bawak....nampak ada improvement....DS juga pandai jaga hati player....

harap pusingan kedua turning point bagi team Pahang.....

boleh dah deto mengaktivekan balik tuk topic bola pahang pahang ni..
klu dok senyap sunyi jer...
game mane lwn pun kite dok pasti...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Cabaran Dollah Empty Re: Cabaran Dollah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum