Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Selsema babi (H1N1)

+12
apens7
adidas
RoyKay33
ozzy
faisalmik
sam
labu sayong
zulkbo
Mrcipizs
Deto_8
MD
J.Milan22
16 posters

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  sam Thu Aug 13, 2009 4:56 pm

bagus gak pakai topeng ni..org tak leh cam xpresi muke koi..
sam
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  apens7 Thu Aug 13, 2009 5:31 pm

samdol wrote:bagus gak pakai topeng ni..org tak leh cam xpresi muke koi..

aok jgn pakai topeng bandi amuk lak.. takde pekdahnye nanti... ekekekeke
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  sam Thu Aug 13, 2009 8:08 pm

hr ni setakat lukis gambor mulut sengih ade la kat mask ni..bile lagi nak buat...hehehe
sam
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  lepat_ubi Fri Aug 14, 2009 10:59 am

adidas wrote:ni cara org siam pakai utk lawan selsema ni :

1. Air kelapa
2. kurma
3.mangkuk


rendam kurma dlm mangkuk dengan air kelapa selama 2 jam..kemudian minum air tersebut dgn mkn buah kurma tu sekali..


cara lain, makan epal hijau atau fresh orange utk menambahkan vitamin C, juga sayur2an...

koi ada gok dpt sms pasal lgkh2 prevent h1n1...
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  MD Fri Aug 14, 2009 1:12 pm

Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda mereka � Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, turut dijangkiti wabak itu.

Bagaimanapun, keadaan Tengku Puan dan lima anak baginda yang dirawat di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lalu, kini semakin pulih.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.

"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?

"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini.

"Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.

Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.

"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat.

"Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah.

"Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda.

Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.

Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya.

"Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.

sumber bharian.com.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  J.Milan22 Fri Aug 14, 2009 1:20 pm

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1
13/08/2009 3:05pm

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

macam2 dah skunk ni...
ader lagi yg amek kesempatan...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  sam Fri Aug 14, 2009 4:25 pm

ofis koi dah tak sediakan mask free utk pekerja... tp kalau nak masuk kat ofis, kene cek suhu badan dulu...

smlm borak2 ngan housemate.. die ckp ofis die dah kene sorang..
bile tanye knp tak pakai topeng, katenye tgu kerajaan umum darurat dulu..
sbb pakai skg malu, nampak janggal sbb kat ofis die takde org pakai lagi...
nnt kene gelak plak. bile dah umum darurat. baru la kompeni sediakan mask...
gamaknya iman dah penuh didada tuh, tuhan bg akal tanak pakai, silap2 mati sie2 aje nnt...

td pegi masjid, hanya bp kerat aje yg pakai topeng. hmmm lps jumaat terus disusuli dgn solat hajat
sam
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  apens7 Fri Aug 14, 2009 4:35 pm

selsema babi tapi apsal babi2 tak mati..? kuat tul antibodi binatang ni yek?? hehehe Laughing
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  sam Fri Aug 14, 2009 4:42 pm

tokei babi rileeek aje Laughing
sam
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  apens7 Fri Aug 14, 2009 4:45 pm

samdol wrote:tokei babi rileeek aje Laughing
siap dah buat paper work extend kandang babi... ekekeke.. manyak untung maa...
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  MD Fri Aug 14, 2009 5:50 pm

H1N1: Lima lagi kematian dilaporkan
Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR: Lima lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) termasuk dua bayi berusia dua bulan, dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menajadikan keseluruhan 56 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes lain membabitkan seorang wanita berumur 49 tahun yang obes serta mengalami diabetes dan tuberkulosis.

Katanya, dua lagi kes kematian pula membabitkan seorang lelaki berumur 57 tahun yang mengalami diabetes dan seorang lelaki berusia 19 tahun.

"Jumlah kematian telah membabitkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes. Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor penyumbang kematian seperti risiko kesihatan sebanyak 70 peratus.

"Sebanyak 40 peratus pula didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal manakala 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU.

Katanya, daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4), kanak-kanak (2), hamil (1) dan selepas bersalin (1).

www.bharian.com.my
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  zulkbo Sat Aug 15, 2009 1:46 am

Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Mainpi14

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  zulkbo Sat Aug 15, 2009 1:51 am

Tengku dah bersuara nih...mesti ada yang kena 'SEMBAH DERHAKA' la pulak nanti.. Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty H1N1 kini tahap tenat

Post  along Mon Aug 17, 2009 10:33 am

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  J.Milan22 Mon Aug 17, 2009 3:38 pm

Gelombang kedua H1N1 belum tiba

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kebimbangan orang ramai kononnya negara kini dilanda gelombang kedua selesema babi atau H1N1 sehingga menyebabkan kematian meningkat setiap hari adalah tidak benar.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, orang ramai perlu faham tentang penularan wabak H1N1 di dalam negara sekarang.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah penyebaran di dalam komuniti yang masih berada pada fasa pertama penyebaran.

"Kita belum sampai tahap tersebut (gelombang kedua)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, pemberitahuan berlakunya gelombang kedua bukan dibuat oleh kementerian tetapi sebaliknya akan diumumkan sendiri oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila gelombang itu melanda kelak.

"H1N1 merupakan wabak mengancam seluruh dunia dan bukan negara kita sahaja mengalaminya. Sehubungan itu, apa jua pemberitahuan akan dimaklumkan melalui WHO mengenai peringkat penyebaran semasa," ujarnya.
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  MD Tue Aug 18, 2009 3:38 pm

Kalau ikut update dari laman web KKM jumlah kematian sudah 67 orang.....sehingga 18/8/2009
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Derita 12 hari berakhir

Post  along Wed Aug 19, 2009 10:35 am

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Ne_01_10
TUNKU AZIZAH AMINAH (kanan) ceria bersama lima anakanda baginda selepas dibenarkan meninggalkan Wad Diraja HTAA, Kuantan semalam.



KUANTAN - Pengalaman pahit satu keluarga demam, lesu badan dan dikuarantin selama 12 hari akibat jangkitan selesema babi atau H1N1 menjadikan beberapa anggota kerabat diraja Pahang kini lebih memahami nikmat kesihatan dan menjadi manusia bebas.

Kepada Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda, mereka meninggalkan Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam dengan rasa lega.

Menurut baginda, mereka sekeluarga demam, sakit tekak dan badan, hidung berair dan lesu sehingga terpaksa dimasukkan air ke dalam badan.

"Walaupun tidak sihat, kami sekeluarga tetap bersama mendirikan solat hajat memohon Allah memberi kesihatan.

"Mungkin ini petunjuk daripada Allah supaya saya lebih memberi masa kepada anak-anak kerana selama ini asyik sibuk. Walaupun tidak sihat, kami bersyukur dapat bersama,'' ujar baginda kepada pemberita di sini semalam.

Lima anakanda baginda ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, serta pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9.

Mereka dibenarkan keluar wad pada pukul 10.30 pagi selepas disahkan sembuh.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty 257 disahkan positif H1N1 di Pahang

Post  along Wed Aug 19, 2009 10:50 am

KUANTAN 17 Ogos - Penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negeri ini semakin serius apabila 257 pesakit disahkan positif jangkitan itu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, daripada jumlah itu, 245 kes adalah jangkitan tempatan manakala selebihnya merupakan import.

Berikutan itu, tegas beliau, Jabatan Kesihatan negeri meningkatkan lagi langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan ia menjadi lebih kritikal.

"Sejak H1N1 melanda, kita mengambil pelbagai langkah proaktif seperti mengadakan saringan, mengedarkan risalah, ceramah, hebahan di media dan pendidikan di sekolah," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sehingga kini, Khai Mun memberitahu, 122,607 risalah dan 5,986 poster berkaitan bahaya H1N1 diedarkan ke seluruh negeri ini.

"Kita juga mengadakan 749 pameran, 363 ceramah dan 146 hebahan di radio bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya H1N1," katanya.

Jabatan Kesihatan juga, ujarnya, mengadakan saringan di pintu-pintu masuk ke negeri ini iaitu di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia (TUDM), Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sehingga 19 Julai lalu, jelasnya, 9,724 orang yang memasuki Pahang menerusi pintu-pintu masuk terbabit disaring.

"Daripada jumlah itu, tujuh orang dirujuk ke hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati tujuh pesakit terbabit tidak dijangkiti H1N1," ujarnya.

Langkah lain yang turut diambil, tambah beliau, ialah memastikan semua kakitangan kesihatan yang terlibat dengan pengendalian kes H1N1 supaya memakai peralatan pelindung keselamatan ketika bertugas.

"Orang ramai yang berhubung dengan pesakit H1N1 dikenakan kuarantin di rumah selama tujuh hari untuk mengelakkan penularan berlaku dalam komuniti," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Hari ini saya rasa bebas - Tengku Puan Pahang

Post  along Wed Aug 19, 2009 10:52 am

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Dn_14_10
''Semasa berada di dalam wad, saya rasa bagaikan terpinggir dari dunia luar. Pada masa sama saya terbayangkan seorang gadis di Jerman (pernah dilaporkan akhbar tempatan sebelum ini) yang menjadi hamba seks bapanya selama 24 tahun.



KUANTAN 18 Ogos - ''Hari ini saya rasa bebas." Itulah ungkapan pertama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebaik sahaja melangkah keluar meninggalkan Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah mengeluarkan kata-kata itu di hadapan sekumpulan wartawan yang menunggu baginda dan keluarganya di wad berkenaan setelah 12 hari ditahan akibat dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) minggu lalu.

''Semasa berada di dalam wad, saya rasa bagaikan terpinggir dari dunia luar. Pada masa sama saya terbayangkan seorang gadis di Jerman (pernah dilaporkan akhbar tempatan sebelum ini) yang menjadi hamba seks bapanya selama 24 tahun.

''Setelah bertahun-tahun dikurung, gadis itu dibebaskan apabila bapanya ditangkap polis. Saya juga merasai kebebasan yang sama apabila dibenarkan keluar dari wad hari ini," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Pada 7 Ogos lalu, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12, pasangan kembar, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan ke HTAA setelah di sahkan positif H1N1.

Tunku Azizah Aminah Maimunah pula dimasukkan ke hospital sama sehari kemudian kerana dijangkiti virus berkenaan semasa menjaga kelima-lima anakandanya.

Adinda baginda pula, Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar turut dimasukkan ke wad berkenaan pada 11 Ogos lalu setelah menunjukkan simptom H1N1.

Menurut Tunku Azizah, baginda dan lima anakandanya serta adindanya tidak akan pulang ke Istana Abdul Aziz tetapi akan tinggal sementara di satu tempat yang terpaksa dirahsiakan.

''Keadaan di istana masih belum baik kerana terdapat beberapa orang yang masih demam, selain menunjukkan simptom H1N1.

''Maka, di tempat itu nanti saya dan anakanda akan bertemu dengan Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah," katanya.

Tambah baginda, tiga anakandanya, Tengku Muhammad, Tengku Afzan dan Tengku Jihan pula akan menduduki peperiksaan esok sama ada di rumah atau di hotel.

''Saya tidak benarkan anak saya ke sekolah kerana tidak mahu berjangkit kepada rakan-rakan mereka. Saya takut nanti sekiranya terdapat kes H1N1 di sekolah, ibu bapa pelajar akan mempersalahkan saya," titah baginda.

Mengimbas pengalaman baginda ketika dimaklumkan lima anakandanya dijangkiti H1N1, baginda benar-benar terkejut dan tubuhnya menggigil.

''Apabila doktor memaklumkan bahawa Tengku Muhammad positif H1N1, anak saya terus menjerit dengan berkata: 'Mama, I don't want to die (ibu, saya tidak mahu mati)'.

''Selepas itu, anak saya Tengku Ahmad mula menangis kerana mereka semua tahu bahawa H1N1 ini boleh membawa maut," titah baginda.

Berikutan itu, baginda terpaksa memujuk anakandanya dengan mengatakan mereka bertuah kerana masih belum terlambat sedangkan pada masa sama, hatinya turut dilanda kesedihan dan keresahan yang amat sangat.

''Selepas saya menenangkan mereka, saya keluar dari bilik dan menghubungi Tengku Mahkota di London.

''Saya menangis terkenangkan anak-anak dan betapa susahnya untuk memiliki anak sebelum ini," titahnya.

Selain mengerjakan solat hajat sepanjang berada di wad, Tunku Azizah juga sempat melakukan aktiviti menjahit dan hasilnya, sebuah beg serta alas cawan berjaya dihasilkan.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Pesara guru dakwa temui penawar selesema babi

Post  Deto_8 Thu Aug 20, 2009 10:12 am

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Pesara

Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di Pendang, Kedah, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.

Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

- BERITA HARIAN
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  MD Thu Aug 20, 2009 4:44 pm

Thursday August 20, 2009
A(H1N1) infections hit record high with 569 new cases

Malaysia recorded its highest number of influenza A (H1N1) cases in a day with 569 infections. There was also one death, bringing the total to 68. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said it was indicative that the number of detected cases was still on the rise............................
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  J.Milan22 Fri Aug 21, 2009 12:30 pm

'Beri perlindungan insurans'

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
[img size=150]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0821/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg[/img]
TIONG LAI (kanan) menunjukkan poster Klinik Cegah & Rawat Influenza A (H1N1) selepas majlis pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat insurans digesa menawarkan perlindungan untuk mangsa selesema babi atau H1N1 yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya pemberita selepas melancarkan kempen Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1) di sini semalam.

Sementara itu, berita baik kepada pemegang polisi perubatan dan kesihatan Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. (Great Eastern) menyatakan kesediaannya membayar tuntutan kepada pelanggannya bagi mendapatkan rawatan ekoran wabak selesema babi.

Kedua-dua syarikat insurans tersebut telah membuat keputusan untuk membayar tuntutan pelanggan-pelanggan mereka berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, perkhidmatan itu disediakan kerana pihaknya berpegang kepada asas insurans dan takaful iaitu membantu orang ramai.

"Kami telah membuat keputusan melanjutkan liputan bagi pemegang pelan perubatan dan kesihatan merangkumi H1N1,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Great Eastern juga akan membayar tuntutan penghospitalan yang dibuat oleh pemegang polisi yang telah dimasukkan ke hospital kerana H1N1.

memang patut la....
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  J.Milan22 Fri Sep 04, 2009 11:53 am

H1N1: Chile musnahkan 90,000 telur ayam belanda

SANTIAGO (Chile): Pihak berkuasa Chile berkata, mereka sudah memusnahkan 90,000 telur ayam belanda sejak selesema babi dikesan pada burung dua minggu lalu.

Pengarah Perkhidmatan Pertanian dan Ternakan negara berkenaan, Victor Venegas, berkata semalam wabak yang menjangkiti ayam belanda sudah dikawal, tetapi kuarantin hanya akan diteruskan bagi tempoh dua minggu lagi.

Selesema babi dikesan minggu lalu di dua ladang ayam belanda persendirian. Ujian menunjukkan ia adalah virus yang sama dikesan pada manusia, berbanding jaringan yang berbahaya.

Kementerian kesihatannya, berkata selesema babi sudah meragut 130 nyawa dan menjangkiti lebih 12,000 pesakit di negara itu. - AP
berjangkit plok ke ayam..klu kene jadi kat malaysia..
xtaula camne...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  apens7 Fri Sep 04, 2009 5:48 pm

kata ada virus cam h1n1 lagi bahaya... trus attack paru2.... uish.. bahaya tul...
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  Deto_8 Fri Sep 04, 2009 10:34 pm

baru ni ada sorang klien cina datang opis bini kawan bagi list ubat2 herba cina untuk merawat selsema babi...dia kata orang cina takde sorang pun yang mati...banyak bangsa lain yang mati..betul ke?
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Selsema babi (H1N1) - Page 3 Empty Re: Selsema babi (H1N1)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum