Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

+11
CT Gurlz
SailorMoon
lepat_ubi
Awangmaseru
labu sayong
MUJ4
strikerbuncit
Deto_8
zulkbo
MD
ozzy
15 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  ozzy Thu Feb 11, 2010 5:35 pm

Mungkin ada diantara kita menyimpan pengalaman atau peristiwa yang mungkin tidak dapat kita lupakan..tak kiralah yang pahit..manis..sedih..kelakar atau sebagainya.
Kalau tak keberatan marilah kongsi dengan rakan2 kat sini..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Thu Feb 11, 2010 5:44 pm

sekitar 1994...kawan duk menyewa bilik di PJ Old Town,duduk 4 orang...
sorang kawan ni suka pelupa / cepat lupa..satu malam kitaorang suruh beli gula sekilo,dia ambik motor terus pegi kedai runcit beli dan balik....
sampai kat umah kita orang nampak ''sekilo gula'' dalam plastik dia jinjing..masa nak buat air ceduk dengan sudu rupanya garam halus...yang dibelinya garam halus sekilo..maruu sungguh..

bersambung ....
Laughing
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  ozzy Thu Feb 11, 2010 5:55 pm

Kisah berlaku dalam tahun 2001 rasanya..Koi bawa family jalan2 ke mid valley lepas beli apa yang patut kami menuju balik ke parking kereta..Dari jauh koi tengok ada seorang aci bersama dengan 2 anak perempuan dan 2 anak laki bujang sedang menaiki lif (escalator)..yang kesiannya anak2 dia naik dulu tinggal la dia terkial2 nak naik lif tu..kami sekeluarga memang dah hampir dengan dia tiba2 koi tengok kain aci tu tersangkut kat lif tu..apa lagi tangga lif tu terus tarik kain dia (dia pakai kain batik)..koi tengok terkangkang aci tu kena seret naik sekali..anak2 dia dah menjerit sebab panik ..orang ramai mula berkerumun nak tgk apa terjadi..lepas tu barula datang guard tolong tekan emergency button..sudahnya anak2nya terpaksa cover aci tu sebab kainnya dah x boleh diselamatkan lagi..hehe
moral of story..kalau pergi shopping jgn pakai kain batik kalau nak pakai pun pastikan pakai suar pendek kat dlm.. Very Happy

Last edited by ozzy on Thu Feb 11, 2010 6:56 pm; edited 1 time in total
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  zulkbo Thu Feb 11, 2010 6:46 pm

banyok amat kenangan yang tak boleh lupa ni..baik manis baik pahit..
koi mulakan yang manih jer la dulu..koi ambik yang terdekat ni..minggu lepas..
koi berjalan kat sekitar bank CIMB KLCC..aok me yang pernah ke KLCC pasti perasan yang bank tu berhadapan dengan RHB bank ..orang lalu lalang punya la ramei......
koi ni jenis bila berjalan..mmg suka tengok bawah lantai..koi tak suka berjalan style "idung tinggi" ni..he he..koi nampok ada satu kertas nampok cam tiket bas express..sema yang lalu dok pijak la..sapa nak angkat sampah kat tengah orang lalu lalang ye dok..koi berenti ambik..belek punya belek rupernya US dollar $100 sekeping dah penyek..nampok la cam sampah..he he..rezeki...moralnya jangan berjalan style hidung tinggi..belajo la jalan tengok bawah ..hu hu...beh.... sunny cheers flower
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  Deto_8 Thu Feb 11, 2010 11:10 pm

Tahun 2006

Lokasi : Masjid Jalan Templer, PJ

Kisahnya :

Masjid Jamek ni akan dirobohkan dan dibina semula...kawan ditugaskan untuk menjaga projek ni...so, kawan pun buatlah site visit...kebetulan waktu zuhur pun masuk...lepas sembahyang adalah sorang tua ni dengan berjubah lengkap ngan kopiah putih mintak tolong ngan kawan...dia kabor isteri dia tengah buat operation kat Hospital Assunta...dia mintak tolong bawak dia ke hospital tu sebab teksi dia rosak...dia pun tunjuk teksi dia kat parking tu...nak cepat katanya...nak bayar duit operation sambil dia tunjuk duit dalam envelop...nampak tebal envelop tu dan nampak duit RM1 dari plastik envelop tu...sebabkan kat masjid, kawan pun berniat nak tolong...lagipun pakcik ni tua...rambut dah beruban, nampak alim pulok

dalam keter dia citer dia dari terengganu...dia kata nak singgah old town, nak jumpa sedara...kawan pun bawaklah dia kesitu..dia tunjuk jalan sampai ke satu lorong belakang kedai...pastu dia nak pinjam telefon...nak call sedara katanya...duit dalam envelop tu dia mintak kawan jaga...dia kata takpe...dalam hati percaya betul pakcik ni kat aku...pastu dia keluar bawak telefon daun kawan yang baru seminggu beli

dekat 15 minit tunggu pakcik ni tak balik2...sampai setengah jam kawan tunggu...pastu tergerak hati nak bukak envelop tu...rupanya ada singgit di bahagian depan tu je...belakang RM1 tu rupanya kertas tebal...terus hangin satu badan...kena tipu jugak aku akhirnya

kawan patah balik ke masjid tu...beritahu AJK masjid pasal kes ni...rupanya dah banyak berlaku kes macam ni...malah ada beberapa orang kenal pakcik tua ni

kawan sampai sekarang ni memang tak percaya kat orang yang minta sedekah atau nak minta tolong lagi dah...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  strikerbuncit Fri Feb 12, 2010 4:53 pm

baru2 ni kwn balik kg kena kejor dgn beruk...kuang asam betoi..kt laman rmh kwn tu ade pokok bacang..byk buah dgn ranum dah masak..stp pagi atau ptg si beruk sekor ni dtg mentekedarah kan buah bacang tu..habes bersepah laman..yg herannya kwn rasa dia ni kategori beruk 'mental'..mgkin dh dipulaukan geng2 beruk lain..sbb tu dia lone ranger..garang jgn cakap r..skali dia menyinga,taring 2inci pun kuar..perghh..kalo kena gigit,sesia je hidup..mengulupur kwn berlari tak jejak tanah lari ke dlm rmh kena kejor dgn dia..cis!..seb baik xda aweks nmpak..kalo x,hilangla macho ..hahahaha... Mad Laughing bounce
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MUJ4 Wed Feb 17, 2010 4:31 pm

Sekitar tahun 1990-1991 masa baru-baru merantau di Klang bersama 4 orang rakan2 menyewa di kawasan rumah setinggan tak mampu sewa rumah elok sikit pasal gaji dapat ciput (pekerjaan buruh dan operator kilang masa tu makan kena masak sendiri , yang menyedihkan empat kali rumah masuk dek pencuri .

bersambung
MUJ4
MUJ4

Posts : 30
Points : 48
Join date : 17/02/2010
Age : 51
Location : Klang & Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Wed Feb 17, 2010 4:39 pm

MUJ4 wrote:Sekitar tahun 1990-1991 masa baru-baru merantau di Klang bersama 4 orang rakan2 menyewa di kawasan rumah setinggan tak mampu sewa rumah elok sikit pasal gaji dapat ciput (pekerjaan buruh dan operator kilang masa tu makan kena masak sendiri , yang menyedihkan empat kali rumah masuk dek pencuri .

bersambung

kawan dulu...hari pertama mendarat di PJ Old Town tidur dalam bilik stor ...kena buang kotak dan bersihkan lantai dulu baru boleh tidur...malam tu tidur 3 orang atas kotak je....ini kisah benar!
2 3 hari jugak macam tu,pastu baru ada katil dan tilam...

p/s stor belakang ofis...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MUJ4 Wed Feb 17, 2010 10:17 pm

MUJ4 wrote:Sekitar tahun 1990-1991 masa baru-baru merantau di Klang bersama 4 orang rakan2 menyewa di kawasan rumah setinggan tak mampu sewa rumah elok sikit pasal gaji dapat ciput (pekerjaan buruh dan operator kilang masa tu makan kena masak sendiri , yang menyedihkan empat kali rumah masuk dek pencuri .

bersambung

Pernah bekerja sebagai buruh kapal di Pelabuhan secara kontrak dengan masa bekerja tidak menentu hingga sampai 2-3 hari baru dapat balik rumah dan bila tiba waktu habis kerja selepas jam 12 mlm tiada pengangkutan disediakan terpaksa berjalan kaki sejauh 8 km untuk sampai ke rumah walaupun dalam keletihan .
MUJ4
MUJ4

Posts : 30
Points : 48
Join date : 17/02/2010
Age : 51
Location : Klang & Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  labu sayong Thu Feb 18, 2010 11:09 am

Sebeno nye byk pnglmn yg koi dah lalui smpaikn kdg2 tu saje koi melupakan..mls nk ingt..tp satu peristiwa ni berlaku thn lepas ms koi kt Penang..ntah ape gatalnye koi ms tuh nak blk gak Pahang wlaupun ct 2 hr je..ko pun dgn beraninye amk tiket mlm kt Butterworth dgn sorg kwn,.km naik bs lain2 sbb die ke Tmrlh.bs mmbr dh smpai, koi pun tgu la kt ctu tp bas ke jengka xsampai2.waa..nak nangis rase.ade plak sorg laki ni ktnye nak tlg,die pun suh koi ikt..jeng..jeng..jeng..koi pun ikt la die.. die kt nak tlg tkr tiket utk bas ke Pahang yg dh ade..koi xpk dh..janji smpai Phng.ikut je..nsb bk dia xtipu..akhrnye koi dpt gak bas..tu pun dah kul 11 lbh walaupun tiket koi kul 10 mlm..waa..tobat dah xnak naik bas mlm2..
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  Awangmaseru Fri Feb 19, 2010 9:34 am

Pada suatu hari minggu kawan keluar ke bando kuantan dari asrama. hajat nok jumpe abang mintok duit belanja. duit pokek kawan cukupcukup tambang pergi je. naik bas leng huat dari bt8... tahun 1976 tu.. lama dah weh. sampai rumoh sewa abang kawan takada kata temannye dia pegi sg lembing. peninglah kawan sebab duit nak tambang balik takada. kawan jalan-jalan dibando lalu masuk kedai buku sambil bepikir cara nak balik, member asrama sorang tak jumpe. tengoh belek-belek buku... tibetibe kawan tenampok kertas warne duit RM50 telipat kecik je... kawan pandang kirikanan orang lain tak perasan pun.. apalagi legaaa lah weh.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Fri Feb 19, 2010 10:56 am

Awangmaseru wrote:Pada suatu hari minggu kawan keluar ke bando kuantan dari asrama. hajat nok jumpe abang mintok duit belanja. duit pokek kawan cukupcukup tambang pergi je. naik bas leng huat dari bt8... tahun 1976 tu.. lama dah weh. sampai rumoh sewa abang kawan takada kata temannye dia pegi sg lembing. peninglah kawan sebab duit nak tambang balik takada. kawan jalan-jalan dibando lalu masuk kedai buku sambil bepikir cara nak balik, member asrama sorang tak jumpe. tengoh belek-belek buku... tibetibe kawan tenampok kertas warne duit RM50 telipat kecik je... kawan pandang kirikanan orang lain tak perasan pun.. apalagi legaaa lah weh.

hebat aok nih...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  lepat_ubi Mon Feb 22, 2010 11:32 am

byk cite...heheh...
salah satu nye berlaku pd taun 2007...mase tu koi belajo kat matrik gambang tuh..
koi nok balik umah akak koi kat desa jaya...turun la kat nadi kota..
ingat masuk toilet jap...pg la bayor kat kaunter...
pastu dgn penuh keyakinan berjalan menuju ke tandas...
tetibe...pakcik jage kaunter tu jerit kat koi...
eh...adik...tu tandas lelaki...tandas pompuan kat sebeloh sini...
seme orang tgk kat koi...
perrghhh...malu wes...
moralnye...
pakai la cermin mate @ lense kalo rase rabun..
koi time tu tak pakai cermin mate...
aaiyyaaa.....
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Tue Mar 23, 2010 3:11 pm

Kalau ingat semula cerita/filem 90an,kalau ada yang menunggu seseorang di lapangan terbang mesti yang menunggu akan tulis nama pada kertas besar besar dan angkat supaya orang nampak...dan hal yang sebegini pernah jugak jadi pada Kawan...

Satu hari dalam tahun 1996.Bermula disuatu petang kawan dipanggil oleh kerani ke dalam pejabat.Bila masuk dia terus tanya'' awak sihat ke hari ini?'',maka kawan jawab ''ok sihat''.Kerani pun kata ''bagus,dan ini tiket untuk awak...esok pergi Subang Air Port flight 10.20am ke Penang.Sana ada orang tunggu.Minta tolong settle kerja kat sana.Bagi siap!,dah siap call Boss.flight balik 8.45pm''.
Rupanya ada masalah pada sistem kat Penang dan installer kat sana dah naik bendera putih,diorang takleh settle....Sepertimana yang dijadualkan pagi berikutnya kawan naik flight dari Subang dengan perasaan yang bermacam macam....lagi pulak time tu cuaca jerubu kuat,memang bergegar kat atas.
Bila sampai air port Bayan Lepas, Kawan just follow ruangan pejalan kaki tu untuk keluar..sambil sambil tu mencari orang yang menunggu dah datang ke belum.Sampai je ke ruang lobi tu terpandang nama Kawan tertulis pada manila kad,mak aiii besarnya hehehe.dan nama orang lain juga ada ditulis oleh orang yang menunggu semuanya mengankat tinggi tinggi supaya nampak...bende ini jadi biasa.
So kawan dengan slow pegi belakang orang yang mengangkat manila kad tadi dan terus sebut nama kawan dan dia pun sebut juga beberapa klu bagi tujuan pengesahan...
jika sebelum hanya melihat aksi sebegitu dalam cerita/filem/drama maka pada hari tersebut ianya benar benar terjadi pada diri sendiri....
dengan peristiwa ini juga Kawan cukup kenang sampai ke hari ini...

Last edited by MD on Tue Mar 23, 2010 3:13 pm; edited 1 time in total
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  Deto_8 Tue Mar 23, 2010 3:13 pm

apa klu dia Laughing
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Tue Mar 23, 2010 3:16 pm

Deto_8 wrote:apa klu dia Laughing

antara klu :
1.nama kerani
2.nama syarikat
3.no telefon

p/s kira kawan jadi macam ejen 007 la hari tu...dan syukur jugak dapat settle masalah tu,kawan balik dengan hati senang Laughing
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  ozzy Tue Mar 23, 2010 4:17 pm

Kenangan kawan pulak sekitar tahun 2006..
Kawan ditugaskan untuk visit site kat satu projek di Alor Setar Kedah..Disebabkan nak pergi site maka kwn bersiap la dengan safety boot kwn yang dah lama terbiar kat luar rumah (terdedah hujan panas)
Sewaktu di KLIA kwn rasakan langkah kwn rasa x selesa..bila kwn tengok ke bawah ..masyaallah kasut kawan dan ternganga kat depan (tapaknya hampir tercabut)..
Aduhhhhh..malu jangan cakapla kalau ikat dgn tali atau getah malu juga tgk dek org..nak tak nak terpaksalah kawan berjalan sambil seret kaki... Very Happy
Tapi yang bestnya sampai sana member kwn ajak makan roti jala kat stadium tu..mmg best (lari topic sket ..cover malu..hehe)
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  SailorMoon Tue Mar 23, 2010 4:48 pm

Pengalaman yg tdk dpt sya lupekan mase kecik2 dulu..
Sya teringin nk hisap rokok,so sya & kakak telah meminta kebenaran (dlm hati jer)
lalu mengambil rokok dr meja ayah sya sebatang sorg. pastu kami masuk dlm bilik dan buat2
menyanyi (x bg mak dgr bunyi mancis dinyalakan).. Sedutan pertama - batuk2 gak la.
Tp kami teruskan juga usaha murni kami utk belajar merokok. Ntah mngapa la gaknyer
ketidaksenonohan berlaku lalu rokok yg dipegang terjatuh atas tilam.Kakak sya cepat2
amik air n curah atas tilam tu.. Esoknye kakak sya yg baik hati itu telah menampal tilam tersebut dgn menjahit perca kain.. sampai skrg pistiwa tersebut tidak diketahui oleh mak sya... Twisted Evil
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  zulkbo Tue Mar 23, 2010 6:09 pm

Cik Shinju wrote:Pengalaman yg tdk dpt sya lupekan mase kecik2 dulu..
Sya teringin nk hisap rokok,so sya & kakak telah meminta kebenaran (dlm hati jer)
lalu mengambil rokok dr meja ayah sya sebatang sorg. pastu kami masuk dlm bilik dan buat2
menyanyi (x bg mak dgr bunyi mancis dinyalakan).. Sedutan pertama - batuk2 gak la.
Tp kami teruskan juga usaha murni kami utk belajar merokok. Ntah mngapa la gaknyer
ketidaksenonohan berlaku lalu rokok yg dipegang terjatuh atas tilam.Kakak sya cepat2
amik air n curah atas tilam tu.. Esoknye kakak sya yg baik hati itu telah menampal tilam tersebut dgn menjahit perca kain.. sampai skrg pistiwa tersebut tidak diketahui oleh mak sya... Twisted Evil

aok memang nakal..hu hu Razz Razz
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  SailorMoon Tue Mar 23, 2010 10:39 pm

kisah2 nakal zaman kanak2 akan sya post dlm blog baru tu secara bersiri...
tgguuuuu... afro
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Thu Jun 10, 2010 1:42 pm

Satu petang selepas habis waktu pejabat..
Kawan singgah dipasar besar di Puchong ni dan merayau rayau di ruangan fresh market...pusing punya pusing maka terpandang akan seorang lelaki [yang macam pernah dikenali...].
lalu kawan terus dekat dan menegurnya...memang sah dia seorang kawan lama sejak sekolah.terpisah selama berbelas tahun...dan kini hubungan menjadi rapat semula dan kerap bertanyakan khabar melalui email..dan kawan jugak pelawa dia untuk sama sama berforum disini..

p/s - kisah benar.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  SailorMoon Thu Jun 10, 2010 1:58 pm

MD wrote:Satu petang selepas habis waktu pejabat..

mmg beh dpt jumpe rodong2 lama nih...
tajam ingatan aok yek...koi byk bertukar sekolah,
kdg2 ade yg dh x kenal,bile dorg tego koi buat2 kenal,
nak tanye nama takut depa kecik ati..
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  ozzy Thu Jun 10, 2010 3:12 pm

Kawan aok tu jalan sorang ke dengan awek...mesti lawo awek dia ke dia tengoh usha awek..aok pun tengah usha awek ke masa tu..boleh buat skrip drama nii..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  MD Thu Jun 10, 2010 3:41 pm

SailorMoon wrote:
mmg beh dpt jumpe rodong2 lama nih...
tajam ingatan aok yek...koi byk bertukar sekolah,
kdg2 ade yg dh x kenal,bile dorg tego koi buat2 kenal,
nak tanye nama takut depa kecik ati..

cuba lah mesra rakyat sikit weh...
selama yang kawan ingat,dah 2 kali silap orang..muka diorang sama dengan kawan sekolah...dengan hati yang cekal kawan gi tanya...,ambikk nok rupanya saloh orang..
2 kes ini lelaki...harap korang pecaya

ozzy wrote:

Kawan aok tu jalan sorang ke dengan awek...mesti lawo awek dia ke dia tengoh usha awek..aok pun tengah usha awek ke masa tu..boleh buat skrip drama nii..
Laughing

hello,jangan perasan..karang kawan pecohkan rahsia...hehehe
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  SailorMoon Thu Jun 10, 2010 5:33 pm

MD : koi pun pernah tego salah org...mujur org yg koi tego tu pun
mmg koi kenal gek...cuma salah nama jelah...muke dorg serupa...

p/s : sifu suh bgtau jer rasia dia tu,dia x heran...koi nyampaikan aje..
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan Empty Re: Pengalaman/Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum